Yang mengikutiku.. ;)

Wednesday, 25 February 2015

Rawatan 2014

Assalamualaikum..

Tetiba terfikir, kenapa la tak catat apa-apa ye? Dulu rasa macam nak buat blog yang private sikit. Tapi, tak terbuat. Lama-lama makin malas pula nak buat. Rasanya cukup je la dengan 1 blog ni je kot. Tak tahu sesuai ke tidak untuk tulis di bloq ni pasal semua rawatan tu. Nak kena minta kebenaran dulu dengan En Suami, mungkin dia kurang selesa kot kalau nak kongsi pasal rawatan tu kat sini. Sebenarnya bukanlah nak kongsi pun, cukup sekadar catatan pengambilan ubat-ubatan tu. Untuk rekod je pun.

Lagipun, blog ni tak ramai orang baca. Saja-saja tulis, untuk catatan diri sendiri. Hehee.. In case kalau ada yang perlu di'private' kan, kalau tak silap, blog ni kita boleh buat certain entry tu private. Kena letak password baru orang boleh baca. Tapi tak reti nak buat macam mana. HAhaha.. Buta IT betul. Takpe, nanti sampai masa bila perlu, kita godek-godek kat google ke, Tanya orang ke.. For the time being, let it be. The most important thing is, I need to ask En Suami, whether he let me share it here or not.

Cuma terkilan dengan diri sendiri. Setelah apa yang dilalui 2014. Rancangan awal untuk mencatat segala-galanya. Tapi hanya repekan yang mampu dicoret di blog ini. Heh! Sepatutnya catat semua nama dan dos-dos ubat yang digunakan. Kot-kot ada rezeki lebih, nak tukar doctor ke apa ke kan. At least dapat share maklumat tu dengan doctor baru nanti. Dari situ mungkin dia dapat tahu mana dadah yang sesuai untuk diri ni.

Next time, I think I should really record them. Next time yang tak tahu bila. Mueheheh.. Tahun ni mungkin rehat dulu. Dah macam-macam dadah masuk dalam badan ni. Rasa badan ni pun macam tak berapa nak sihat je. Cuma malas nak fikir bukan-bukan. Lagi fikir, lagi risau. Lagi risau, lagi menarik benda-benda negative meresap dalam tubuh. Rileks-rileks sudah~~

Serba ringkas rawatan pada 2014.
April 2014; 1st IUI; clomid; BFN
Mei 2014; 2nd IUI; ubat inject; putus ditengah jalan, tak boleh proceed and for sure no good news                          at all.
Ogos 2014, 18; kaunseling IVF dan prosedur heteroskopi.
                    22; CD3, TVS and start injection for IVF(another TVS on 26th and 29th)
Sept 2014, 1; OPU (kebetulan masa ni cuti hari merdeka,sebab 31hb 8 tu hari ahad)
                  6; ET day 5 (transfer 2. kedua-duanya blastocyst gred A)
                  18; ujian darah bHCG, BFN
Nov 2014, 21; CD2, TVS and start consume progynova. (another TVS on 25th and 28th)
Dec 2014, 2; FET, embrio day 3. (Transfer 3, ada gred A dan B. bilangannya dah lupa. This time              embryologist said the quality is not that good, pasrah dan redha j)
                 17; Ujian darah bHCG, BFN.

Memang catatan ringkas-seringkas nya la tu. Ingat-ingat lupa. Bab tarikh tu insyaAllah betul sebab siap rujuk kad temujanji dan juga sanggup pergi belek fail admin, rujuk tarikh MC. HEH! >.<

Ubat dan dos memang hanyut ke laut la. Ada juga yang ingat sikit-sikit, tapi dos langsung tak ingat dah. Antara ubat-ubat yang telah Berjaya menakluki badan ni sepanjang rawatan. Clomid(famous amous pnye ubat ni, confirm semua yang terlibat dengan rawatan ni pernah consume ubat ni), utrogestan, pubergen, asid folic (ni sebanarnya lebih kepada supplement), centriocyde (lupa ejaan betul macam mana) progynova, duphaston.
Tambahan, selepas akak-akak duk bincang dalam group whatsapp, baru ingat ubat yang pernah digunakan, gonal-f(yang ni ubat famous juga) dan crinone. Ada lagi ubat lain, tapi lupa. memang banyak sangat dah ubat yang guna. huhuu..

Banyak lagi sebenarnya, tapi lupa. -.-" nanti kalau ingat, nak update balik kat blog ni. eheee..
Jarum yang guna, tak usah cerita. Dari sekecik-kecik jarum, sampai jarum besar. Bila inject tu, siap berdarah la, bengkak la, gatal la. fuhhh..kenangan la semua tu. Tak tahu bila pula nak tempuh balik semua tu.

Serius! Next time memang nak catat kat sini. Harap-harap rajin la nak update nanti.Heheee.. Untuk rujukan dan kegunaan masa depan.

Dan tahun ni, bulan 2 sudah hampir menutup tirai. Kejap je masa berlalu. Moga hidup diredhai Allah, diberkati dan sentiasa dalam perlindugan Dia.

Sehingga bertemu lagi di bebelan yang akan datang.
Wassalam.
Suka sangat balik kampong, lepak ramai-ramai tepi pantai, BBQ, main bola.


lagi teruja dan suka bila perjalan dari kampong ke Melaka, makan masa 16 jam. -.-"

P/s: Kebahagiaan datang dari hati yang tenang. Hati tenang hanya bila mengingati Allah. Terima kasih ya Allah atas semua ujian ini. :')

Monday, 16 February 2015

Tahun Baru, Semangat Baru

Assalamualaikum..

Dah berbulan tak update. Sebenarnya, dah taip, tapi tak post. Entah, rasa macam tak kena je nak post.

Sepanjang beberapa bulan tak update ni, macam-macam berlaku di Malaysia. Terbaru, dikhabarkan dengan pemergian pemimin yang paling disayangi rakyat, Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat. Permergian yang tiada ganti, yang dirasai setiap jiwa. Bulan 12 yang lalu, Pantai Timur dilanda banjir yang teruk. Moga kita semua sama-sama muhasabah. Ini ingatan dari Allah. Kiamat dah dekat. Bumi dah tua. Ulama-ulama pun Dia dah ambil. Wajiblah tambah amal, jangan ditambah berat sebelah kiri sudah.

Tujuan tulis post kali ini. Nak kongsi satu hal yang penting bagi orang senasib kami. Dengan harapan, dapat membantu sedikit sebanyak.

Sebenarnya, tadi tersangat rajin dengan 'blogwalking'. Niat di hati nak survey harga satu supplement ini. Di samping itu juga, niat di hati nak dapatkan no telefon klinik UKM yang berdekatan dengan HKL. Kenapa? Kenapa cari no telefon klinik UKM tu? Sebabnya, sebelum ini, kami dapat supplement tu dari HKL. Diorang bagi untuk 3 bulan je kalau tak silap. Lupa sudah, sebab masa tu tahun 2013. Sekarang 2015.

Ok, nurse HKL kata, suami kena makan tribestan ni dengan surbex protect. Nurse kata boleh beli di farmasi UKM yang dekat dengan HKL. Katanya dapat harga murah sikit. Itu la pasal, nak dapatkan no telefon klinik tu, tujuannya nak survey harga tribestan tu la. Surbex protect insyaAllah mudah didapati di mana-mana farmasi, watson, guardian dan sebangainya. Tapi tidak bagi tribestan. Susah nak dapat di Melaka ni.

Alhamdulillah..Allah mudahkan, dengan bantuan akak di dalam group Whatsapp kami, dia share no telefon farmasi tu. Apa lagi, tanpa ragu-ragu, terus call!

RM166..!!

YA! RM166 untuk sekotak. Sekotak ada 60 biji. Kena makan sebiji 3 kali sehari.
Haa.. tu dia harga tribestan ini.
Berdasarkan survey, jumpa di blog. Ada yang kata RM200 lebih sekotak, ada yang kata paling murah jumpa yang harga RM160. Di web farmasi caring, boleh beli online, harga asal RM195, sekarang dia buat potongan, RM165. Tapi this one, I am not sure  it is including postage or not.

KEBETULAN..! Ya, kebetulan Jumaat lepas pergi dating ke AEON Bandar Melaka, tengok wayang. Sesaja pusing jalan-jalan. Singgah farmasi caring. Kat situ tak banyak stok. Harga sekotak, RM145. YA! RM145..

Jadi, kitorang decide. Eh, bukan kitorang sebab belum discuss lagi dengan encik suami. Saya decide beli kat caring farmasi AEON Bandar Melaka jela. Memandangkan sini paling murah. Rupanya caring farmasi tengah promosi. Ada akak sorang lagi dalam group Whatsapp yang inform. Kena cepat ni, kalau tak habis. Masa tengok Jumaat lepas, ada 2 kotak je pun.

Hari ini gaji, hari ini juga kena gi beli ni.


Tribestan; 60 biji; 250mg; RM145; Caring Pharmacy AEON Bandar Melaka.


Image result for tribestan


Image result for tribestan
gambar ehsan dari encik google
Tak tahu dah berapa ribu berhabis untuk tujuan yang satu ini. Dah berapa tahun usaha ni, belas ribu ada kot. Dengan sakit nya tak usah cerita la, dengan mental, emosi. Kadang tak sangka, sejauh ini diriku melangkah. Sejauh ini diriku menghadap ketentuan Ilahi. 'If He bring you to it, He will get you through it!'
Thank you Allah for everything.
Tahun baru, semangat baru, jiwa lebih kental. Moga kasih kian padu. Dunia hanya pinjaman, akhirat kekal abadi.

Hingga bertemu lagi.
Wassalam.

p/s: Haruslah banyakkan isu sikit. Kalau asyik cerita 'hal' tu je, tak dapat join the group la. If that happen, then I would excuse myself la... ^_^ kadang kena pujuk sendiri hati, sebab orang tak faham.. takpe, ni bahagian aku, kamu ada bahagian kamu..
















Thursday, 18 December 2014

Its a failed, alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Macam biasa,rasa macam banyak sangat nak cerita. Tapi tak tahu mana nak mula.

Ok, cerita secara rambang je la. Ikut apa yang terlintas di kepala ni, itu la yang dicerita.

Yang terbaru! Yang masih bermain di minda di jiwa dan di hati ini. Yang masih segar bugar lagi rasanya. Ok, we have to admit it, from thw bhcg blood test, this time is a failed. Yes, again! It's a failed. Alhamdulillah. I manage to control myself. This time around, no tears rolling on my cheek.

Maybe because this time no injection involve,just an insert and oral medication. It is less hurt and i got more stronger. Heh! But i can see in his face. How blur he was when we were in the discussion room. He hope for it, so high. I know it. But, who are we..? We cant do anything. Redha dan pasrah je la. He said himself to me, "takpe, boleh cuba lagi.." then, else..? Just try again next time la.

That is how i know the result. I do not look at it by myself. Just the same during my studies in MMU. He is the one who check on my result and tell me how it was. I was too nervous to look at it. But, for this bhcg blood test result, i was super duper nervous till my hands was sp cold and ketaq lutut baq hanggg. But still, alhamdulillah. I can smile in front of him, i can show him that i am strong to face it.

Next year gonna be our second time trial. Moga moga berhasil. InsyaAllah. 😊

Allah uji sebab Dia sayang. Alhamdulillah, sedar diri ini sedang diuji. Alhamdulillah, dapat merasa kasih sayang dari Allah.

"Ingatlah dunia hanya sementara, tuhan yang Esa adalah segala galanya.."

Allah bagi rasa dalam mimpi pun dah alhamdulillah. Merasa la juga walaupun mimpi. Hehe takpe, tak lama lagi pasti jadi kenyataan. Doakan ye..!😉

Sekian, wassalam.

P/s: pagi tadi hampir eksiden! Hampeh punya driver alza putih. Patut kau susur dulu,sesedap hati je masuk lane aku. Mencecet tadi aku brek n tukar lane. Alhamdulillah. Nasib baik takku langgar alza kau. Dah la laju tadi. Ketaq lutut pepagi. Hangin pepagi nak g kerja. Sabar je la.. alhamdulillah masih hidup dan bernyawa dan selamat 😆

Tuesday, 9 December 2014

Merepek tak habis habis.

Assalamualaikum..

Banyak sangat benda nak cerita, tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. Akhir sekali, tak tahu apa nak dicerita. Plan nak cerita sambil taruk-taruk gambar. Gambar banyak dalam handphone dan tak tahu cara yang paling senang nak transfer gambar dari handphone ke laptop, end up dengan tak transfer gambar dan tak update pun blog. Haa..kau, boleh macam tu? Itu namanya alasan la awak..~ OK!

Nak dijadikan cerita, selepas je taip perenggan di atas. Konon tak nak jadi orang yang suka memberi alasan. Dengan penuh dedikasinya, godek-godek beg laptop. Jumpa card reader en suami punya. Cuba letak memory card telefon dan sambung ke laptop. Eh, mana gambar..???? :-O Tak ada..????!!! Berjuta-juta gambar tu mana pergi..??? Eh, hyperbola je juta tu, baru seribu lebih gambar. Heehee.. Tapi tak ada!

Ok, tak putus asa. Since masa nak upload gambar tadi, ada ternampak button pilihan upload dari phone. Nak cuba yang tu pula. Letak balik memory card dalam handphone, dan sambung handphone ke laptop. Bila klik pilihan tadi tu, entah mana-mana pula dia bawa. Tak jadi.

Tak apa! Kita hidup jangan cari dan bagi alasan. Konon la kan~~ Jadi, cuba lagi klik button upload then 'choose file' macam biasa tu. Nampak la yang laptop ni dah baca handphone ni. Boleh pilih untuk browse isi dalam handphone atau dalam memory card. Hati dah gembira berbunga-bunga, seperti ada harapan.

Ok, klik pada memory card. Tada! Eh, sama macam tadi jugak..??? Takpe, cuba pula klik pada bahagian phone.. ... ... ... ... TADA!!!! errkkkk..? Mana pergi semua gambar..??? OTTOKE!? Baru ingat nak upload gambar sambut birthday yang ke-2 anak sedara, nama Alya tu. Tak de harapan la nak update blog sekali dengan letak-letak gambar. Tak tahu mana hilang semua gambar:(

Konon nak letak gambar, bagi menarik sikit, sebab tak pandai sangat nak buat ayat bagi menarik hati para juri kan. Tapi tak terdaya. Mood pun sudah kelaut dah ni. Lepas ni harapan je la nak update blog kt laptop n taruk gambar. Kalau nak taruk gambar juga, kena update guna handphone je. Tapi tak puas update dari handphone. Takde feel~

Gigih betul usaha cari jalan untuk letak gambar dalam posting ni. Saya ni memang suka cuba-cuba macam ni, cari jalan. Jadi jangan nak cakap saya suka cari dan beri alasan eh. ANNOYING ok!? Entahlah, sama ada aku sendiri memang tak boleh adapt diri ni, atau memang suasana kerja, life kerja ni macam ni. Serius aku menyampah bila orang condemn, konon kau macam bagus sangat. urghhh..! Ok, selingan semata-mata dan, end of it.!

Cuba lagi untuk upload gambar. Sampai laptop hampir hang..! T.T

Cukup-cukup la repekan kali ini. Hujung minggu ni insyaAllah akan ke Terengganu. Yeehaaa! Moga selamat perjalan pergi dan balik.

Hingga bertemu lagi, wassalam.

P/s: Serius banyak benda nak cerita. Teringin nak share pasal treatment. But I don't think it is appropriate to share about it here. Wish I can have my own writing on the treatment, but I am too out dated on using this blog, like some people, the put password on some of the entry. And I really don't know how to do it! urghhh!!! born in 80's but not so good in IT. poor me! T.T and, please anybody who read this, pray for our success in this treatment. Will share the good news, if we have any. latest by next week. Let's keep on praying!

Monday, 17 November 2014

Sesi Menggemukkan Diri

Assalamualaikum..

Haa,kalau tak post, berminggu minggu, berbulan bulan. Kalau dah post, sehari pun boleh 2 entry. Haha..

Ok, takde benda. Nak share gambar je. Setelah sekian lama tak buat kek. Kali ni buat untuk penuhi keinginan orang berbadan dua.

Siap lah kek coklat lembap yang rasanya tak berapa nak lembap. Tak tahu kenapa. Rasa macam dah ikut sebijik resepi ibu tu. Hee.. harap nya tuan badan dan baby dalam perut dia makan dengan puas la.

Btw, takde la bagi sebijik, divide 2. Separuh untuk dia, separuh untuk kami suami isteri. Bukan main lagi suami cakap sedap. Wallahualam. Abis la berat badan kami. Dah la tadi nurse tegur nampak makin berisi. Oh nurse, ye, memang betul ive gain a few kg T.T

Haa..ni 1st time update through handphone. Tak tahu apa rupa post untuk entry ini. Nak try share gambar sekali ni. Harap harap entry ni elok je la rupanya.

Selamat menjamu mata. Haha

Sekian, wassalam.

Akhiri Penantianku..

Assalamualaikum..

Lama tak update blog. Tak tahu apa nak cerita. Ok, tajuk post kali ni macam tajuk lagu je kan? Haa, mana tak nya. Selama ni rasa macam layang-layang putus tali, menanti dan menunggu tanpa jawapan pasti. Sekarang dah nampak sedikit sinar di dalam kekelaman. Eceh ayat, konon nak puitis.

Alhamdulillah, insyaAllah tak lama lagi takde lagi dah episod melangut di ofis sehari-harian. Hahaha.. InsyaAllah lepas ni ada benda nak kena hadap. Yeah! Challenge...!! ^_^ Tak sabar pula rasanya nak cuba unit baru, walaupun hanya dipinjam sementara waktu, it's better than duduk melangut melopong di pejabat ni. Unit baru, bos baru. Gulp! Dup dap dup dap.. All is well..insyaAllah..
Nervous, yes i am. OF COURSE nervous sebab tak tahu lagi cara dia macam mana. So far masa borak tadi, seems ok, and he did suggest something to me which i think, yes i think, it is something good. Gonna discuss further with the related person about that. Well, i got a good feeling about this. All left to do is pray to Him. InsyaAllah.

Suami..? Masih begitu, berulang melaka-batu pahat-melaka everyday. T.T Pity him. Today he's gonna have meeting maybe until night.  He told me already that he's gonna be late today, then i just said yes. But its ok, tomorrow and the day after tomorrow, he will be in Melaka. YEay! Pindah..? Hari tu nampak macam ada bunga-bunga harapan untuk dia pindah. Dan Jumaat lepas, i follow him to see the GM. Sadly, its a NO. Well then, what else can we do? Doa, doa dan doa. InsyaAllah suami dapat pindah suatu hari nanti. Moga Allah izinkan, mudahkan dan perkenankan.

Dan..yeay! Macam semangat sikit sekarang ni. Tak tahu la kenapa. Alhamdulillah. Redha dan pasrah je apa yang berlaku. Yang penting usaha. Sekarang dah bulan November, tinggal sebulan lebih je lagi sebelum 2014 menutup tirai. sejak dari 2011 lagi mengharap dan berdoa untuk bergelar menjadi seorang ibu. Sampai ke hari ni belum nampak lagi bayang-bayang tu. Allahu Allah. Macam-macam dah tempuh dalam tempoh hampir 3 tahun ni. Bermula la episod berulang ke HKL. Penat memang penat, dengan jalan jauhnya, dengan kos lagi, dengan sakit kena cucuk lagi. Tapi ini la pengorbanan. Pengorbanan yang hanya kami-kami yang alami faham dan mengerti rasa itu. Doakan moga kali ni berbuah hasil seperti yang diinginkan. Doakan moga kali ni hati ini tabah dan kuat terima segala kemungkinan. Iya, aku dan suami merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah itu jauh lebih baik untuk kami.

Moga kuat!!! InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Tuesday, 14 October 2014

Kehilangan

Assalamualaikum..

Hampir sebulan sudah kami kehilangan. Tidak mengapa, belum rezeki, boleh cuba lagi. Cuba kuatkan diri, alhamdulillah, i am getting better. Tak nak sedih-sedih. Cuma kadang-kadang rasa sedih tu datang juga.

Balik kampung untuk raya haji. Macam biasa, diasak soalan berkaitan zuriat. Apa mampu buat? Senyum sahaja.

Suami cakap, dia rasa rendah diri nak jumpa kawan-kawan, sebab masing-masing dah ada anak. Jadi, kami bercadang untuk menyendiri je la. Hahaha.. Sebab aku pun rasa yang sama. Biarlah dunia aku dan dia berdua, orang lain jangan kacau. Hehe..

Tahun depan punya raya kena get ready mental dan emosi la. Tahun depan ayah dapat 2 cucu baru, dari 2 menantu perempuan dia. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Cuma, kena tahan telinga la kot-kot ada mulut yang rajin bertanya, yang concern sangat pasal kami ni. Hadap je la.

Sekarang ni, sempena kenaikan harga minyak Ron 95 sebanyak 20 sen, dari RM2.10 menjadi RM2.30 seliter, suami mula sewa di Batu Pahat semula. Keseorangan dan sendirian la aku di Melaka. Tapi dia akan balik selang sehari. InsyaAllah mampu lagi kot. Harap-harapnya begitu la.

Kenangkan hidup kami ni, rasanya dari awal nikah dulu, sampai sekarang, dah macam-macam kami hadap. Dulu dah pjj, sekarang kena pjj lagi. Seksa la. Tak tahu la sampai bila aku boleh bertahan ni. Dengan keadaan status aku yang kabur di tempat kerja ni. Tak tahu kemana akan tercampak, tak tahu apa nasib. Dengan nak hadap treatment lagi. Serabut betul.

Ada kerja susah, takde kerja pun susah. Hutang beratus ribu. Ada ke orang nak bagi duit segunung kat aku? Boleh aku langsai hutang awal-awal, dan resign, dan lari duduk di Batu Pahat dengan suami, supaya kami tak perlu pjj lagi, supaya dia tak perlu travel mk-bp-mk lagi. Ada tak? Masalahnya tak ada. Hadap je la semua ni sendiri.

Moga Allah tunjuk jalan keluar kepada masalah-masalah kami. Moga Allah pelihara dia sentiasa. Moga kami bahagia sentiasa hingga ke syurga. Amiin..

Hingga jumpa lagi, assalamualaikum..