Assalamualaikum..
Dah masuk April dah 2016 ni, baru nak buat post. Biasalah, tak mahir nak bercerita macam-macam.
Seimbas lalu untuk tahun 2015:
1- Alhamdulillah, tunaikan umrah bersama suami, yang ni rezki yang paling tak disangka-sangka.
2- Still listed as talent, part mana talent pun aku taktau! huhu tp still, alhamdulillah, sebab didedahkan dengan ilmu2 management.
3- Demam pelik! Siap masuk wad lagi. Masa panas tu, panas nya macam kena bakar tau, sampai merah pipi nih! agaknya macam mana la kalau betul betul kena bakar dalam neraka nanti. Nauzubillahi mindzalik! T.T kalau sejuk plak, sampai meggigil gigil. Suami risau sangat-sangat. 3 kali kena demam pelik ni. Sekali kena, berminggu-minggu. Sampai badan dah lemah duk tahan suhu yang kejap naik kejap turun. Sampai ke sudah taktau reason! Alhamdulillah, asbab demam tu turun 10kg! hahaaha tapi sekarang dah naik balik..siot! T.T
4- Dapat anak sedara 3 orang sekaligus tahun lepas. Haaa..hambik kau! Anak sedara je la yang mampu, anak sendiri belum nampak bayang lagi.
5- Raya tahun lepas berjaya amik gambar 1 family, semuaaaa ada.! yeay!
6- Alhamdulillah, dipindahkan ke Johor Utara, Suami dah tak perlu untuk travel tetiap hari lagi dr Melaka-Batu Pahat-Melaka. Gigih tak? Siapa tak sayang bini oi~ Jadi, selamat tinggal rumah kesayanganku di Melaka! Hai Batu Pahat!
7- Suami kemalangan, kereta hancur. Alhamdulillah masih selamat,dipanjangkan umur. Jadi, bye bye Alza! dan, innalillahi wa innailaihirajiun..
8- Tak sangka, aku mampu drive sorang dari Batu Pahat ke Kelantan dan dari Kelantan ke Batu Pahat. Yela, suami kemalangan, patah riuk takleh drive.huhu
9- Kakak ipar meninggal. Sakit TB otak. Selama 9 bulan dia bertarung dengan sakit tu, then Allah ambil dia kembali. Moga dia tenang disana. walaupun sempat kenal dia beberapa tahun sahaja, tapi, dia sangat baik! Moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Masa ni kami kat kelantan. Alhamdulillah, sempat tengok arwah buat kali terakhir. tapi tak dapat tengok arwah dimasukkan ke liang lahad, suami dengan kerusi roda, tak boleh pergi ke kawasan kubur.
10- Alhamdulillah, terjebak dengan satu bisnes yang dapat jana side income secara pasif! Jadi, dah ada dua bisnes la sekarang ni. 1 bisnes homestay dan rumah sewa. yang terbaru bisnes simkad istimewa tone excel.
Ni antara yang berlaku tahun 2015 la. Macam-macam juga sebenarnya.
Moga tahun 2016 menjadikan diri ni lebih matang, dan peroleh segala yang dihajati.
p/s: siapa mau upgrade kepada simkad istimewa tone excel ni, sila contact saya segera!.. :)
No comments:
Post a Comment