Yang mengikutiku.. ;)

Tuesday, 14 October 2014

Kehilangan

Assalamualaikum..

Hampir sebulan sudah kami kehilangan. Tidak mengapa, belum rezeki, boleh cuba lagi. Cuba kuatkan diri, alhamdulillah, i am getting better. Tak nak sedih-sedih. Cuma kadang-kadang rasa sedih tu datang juga.

Balik kampung untuk raya haji. Macam biasa, diasak soalan berkaitan zuriat. Apa mampu buat? Senyum sahaja.

Suami cakap, dia rasa rendah diri nak jumpa kawan-kawan, sebab masing-masing dah ada anak. Jadi, kami bercadang untuk menyendiri je la. Hahaha.. Sebab aku pun rasa yang sama. Biarlah dunia aku dan dia berdua, orang lain jangan kacau. Hehe..

Tahun depan punya raya kena get ready mental dan emosi la. Tahun depan ayah dapat 2 cucu baru, dari 2 menantu perempuan dia. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Cuma, kena tahan telinga la kot-kot ada mulut yang rajin bertanya, yang concern sangat pasal kami ni. Hadap je la.

Sekarang ni, sempena kenaikan harga minyak Ron 95 sebanyak 20 sen, dari RM2.10 menjadi RM2.30 seliter, suami mula sewa di Batu Pahat semula. Keseorangan dan sendirian la aku di Melaka. Tapi dia akan balik selang sehari. InsyaAllah mampu lagi kot. Harap-harapnya begitu la.

Kenangkan hidup kami ni, rasanya dari awal nikah dulu, sampai sekarang, dah macam-macam kami hadap. Dulu dah pjj, sekarang kena pjj lagi. Seksa la. Tak tahu la sampai bila aku boleh bertahan ni. Dengan keadaan status aku yang kabur di tempat kerja ni. Tak tahu kemana akan tercampak, tak tahu apa nasib. Dengan nak hadap treatment lagi. Serabut betul.

Ada kerja susah, takde kerja pun susah. Hutang beratus ribu. Ada ke orang nak bagi duit segunung kat aku? Boleh aku langsai hutang awal-awal, dan resign, dan lari duduk di Batu Pahat dengan suami, supaya kami tak perlu pjj lagi, supaya dia tak perlu travel mk-bp-mk lagi. Ada tak? Masalahnya tak ada. Hadap je la semua ni sendiri.

Moga Allah tunjuk jalan keluar kepada masalah-masalah kami. Moga Allah pelihara dia sentiasa. Moga kami bahagia sentiasa hingga ke syurga. Amiin..

Hingga jumpa lagi, assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment