Assalamualaikum..
Lama tak update blog. Tak tahu apa nak cerita. Ok, tajuk post kali ni macam tajuk lagu je kan? Haa, mana tak nya. Selama ni rasa macam layang-layang putus tali, menanti dan menunggu tanpa jawapan pasti. Sekarang dah nampak sedikit sinar di dalam kekelaman. Eceh ayat, konon nak puitis.
Alhamdulillah, insyaAllah tak lama lagi takde lagi dah episod melangut di ofis sehari-harian. Hahaha.. InsyaAllah lepas ni ada benda nak kena hadap. Yeah! Challenge...!! ^_^ Tak sabar pula rasanya nak cuba unit baru, walaupun hanya dipinjam sementara waktu, it's better than duduk melangut melopong di pejabat ni. Unit baru, bos baru. Gulp! Dup dap dup dap.. All is well..insyaAllah..
Nervous, yes i am. OF COURSE nervous sebab tak tahu lagi cara dia macam mana. So far masa borak tadi, seems ok, and he did suggest something to me which i think, yes i think, it is something good. Gonna discuss further with the related person about that. Well, i got a good feeling about this. All left to do is pray to Him. InsyaAllah.
Suami..? Masih begitu, berulang melaka-batu pahat-melaka everyday. T.T Pity him. Today he's gonna have meeting maybe until night. He told me already that he's gonna be late today, then i just said yes. But its ok, tomorrow and the day after tomorrow, he will be in Melaka. YEay! Pindah..? Hari tu nampak macam ada bunga-bunga harapan untuk dia pindah. Dan Jumaat lepas, i follow him to see the GM. Sadly, its a NO. Well then, what else can we do? Doa, doa dan doa. InsyaAllah suami dapat pindah suatu hari nanti. Moga Allah izinkan, mudahkan dan perkenankan.
Dan..yeay! Macam semangat sikit sekarang ni. Tak tahu la kenapa. Alhamdulillah. Redha dan pasrah je apa yang berlaku. Yang penting usaha. Sekarang dah bulan November, tinggal sebulan lebih je lagi sebelum 2014 menutup tirai. sejak dari 2011 lagi mengharap dan berdoa untuk bergelar menjadi seorang ibu. Sampai ke hari ni belum nampak lagi bayang-bayang tu. Allahu Allah. Macam-macam dah tempuh dalam tempoh hampir 3 tahun ni. Bermula la episod berulang ke HKL. Penat memang penat, dengan jalan jauhnya, dengan kos lagi, dengan sakit kena cucuk lagi. Tapi ini la pengorbanan. Pengorbanan yang hanya kami-kami yang alami faham dan mengerti rasa itu. Doakan moga kali ni berbuah hasil seperti yang diinginkan. Doakan moga kali ni hati ini tabah dan kuat terima segala kemungkinan. Iya, aku dan suami merancang, Allah juga merancang. Namun, perancangan Allah itu jauh lebih baik untuk kami.
Moga kuat!!! InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment