Dah berbulan tak update. Sebenarnya, dah taip, tapi tak post. Entah, rasa macam tak kena je nak post.
Sepanjang beberapa bulan tak update ni, macam-macam berlaku di Malaysia. Terbaru, dikhabarkan dengan pemergian pemimin yang paling disayangi rakyat, Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat. Permergian yang tiada ganti, yang dirasai setiap jiwa. Bulan 12 yang lalu, Pantai Timur dilanda banjir yang teruk. Moga kita semua sama-sama muhasabah. Ini ingatan dari Allah. Kiamat dah dekat. Bumi dah tua. Ulama-ulama pun Dia dah ambil. Wajiblah tambah amal, jangan ditambah berat sebelah kiri sudah.
Tujuan tulis post kali ini. Nak kongsi satu hal yang penting bagi orang senasib kami. Dengan harapan, dapat membantu sedikit sebanyak.
Sebenarnya, tadi tersangat rajin dengan 'blogwalking'. Niat di hati nak survey harga satu supplement ini. Di samping itu juga, niat di hati nak dapatkan no telefon klinik UKM yang berdekatan dengan HKL. Kenapa? Kenapa cari no telefon klinik UKM tu? Sebabnya, sebelum ini, kami dapat supplement tu dari HKL. Diorang bagi untuk 3 bulan je kalau tak silap. Lupa sudah, sebab masa tu tahun 2013. Sekarang 2015.
Ok, nurse HKL kata, suami kena makan tribestan ni dengan surbex protect. Nurse kata boleh beli di farmasi UKM yang dekat dengan HKL. Katanya dapat harga murah sikit. Itu la pasal, nak dapatkan no telefon klinik tu, tujuannya nak survey harga tribestan tu la. Surbex protect insyaAllah mudah didapati di mana-mana farmasi, watson, guardian dan sebangainya. Tapi tidak bagi tribestan. Susah nak dapat di Melaka ni.
Alhamdulillah..Allah mudahkan, dengan bantuan akak di dalam group Whatsapp kami, dia share no telefon farmasi tu. Apa lagi, tanpa ragu-ragu, terus call!
RM166..!!
YA! RM166 untuk sekotak. Sekotak ada 60 biji. Kena makan sebiji 3 kali sehari.
Haa.. tu dia harga tribestan ini.
Berdasarkan survey, jumpa di blog. Ada yang kata RM200 lebih sekotak, ada yang kata paling murah jumpa yang harga RM160. Di web farmasi caring, boleh beli online, harga asal RM195, sekarang dia buat potongan, RM165. Tapi this one, I am not sure it is including postage or not.
KEBETULAN..! Ya, kebetulan Jumaat lepas pergi dating ke AEON Bandar Melaka, tengok wayang. Sesaja pusing jalan-jalan. Singgah farmasi caring. Kat situ tak banyak stok. Harga sekotak, RM145. YA! RM145..
Jadi, kitorang decide. Eh, bukan kitorang sebab belum discuss lagi dengan encik suami. Saya decide beli kat caring farmasi AEON Bandar Melaka jela. Memandangkan sini paling murah. Rupanya caring farmasi tengah promosi. Ada akak sorang lagi dalam group Whatsapp yang inform. Kena cepat ni, kalau tak habis. Masa tengok Jumaat lepas, ada 2 kotak je pun.
Hari ini gaji, hari ini juga kena gi beli ni.
Tribestan; 60 biji; 250mg; RM145; Caring Pharmacy AEON Bandar Melaka.
gambar ehsan dari encik google |
Thank you Allah for everything.
Tahun baru, semangat baru, jiwa lebih kental. Moga kasih kian padu. Dunia hanya pinjaman, akhirat kekal abadi.
Hingga bertemu lagi.
Wassalam.
p/s: Haruslah banyakkan isu sikit. Kalau asyik cerita 'hal' tu je, tak dapat join the group la. If that happen, then I would excuse myself la... ^_^ kadang kena pujuk sendiri hati, sebab orang tak faham.. takpe, ni bahagian aku, kamu ada bahagian kamu..
semoga dipermudahkan ada
ReplyDeleteterima kasih kak.. ^_^
ReplyDelete