Yang mengikutiku.. ;)

Tuesday, 9 December 2014

Merepek tak habis habis.

Assalamualaikum..

Banyak sangat benda nak cerita, tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh. Akhir sekali, tak tahu apa nak dicerita. Plan nak cerita sambil taruk-taruk gambar. Gambar banyak dalam handphone dan tak tahu cara yang paling senang nak transfer gambar dari handphone ke laptop, end up dengan tak transfer gambar dan tak update pun blog. Haa..kau, boleh macam tu? Itu namanya alasan la awak..~ OK!

Nak dijadikan cerita, selepas je taip perenggan di atas. Konon tak nak jadi orang yang suka memberi alasan. Dengan penuh dedikasinya, godek-godek beg laptop. Jumpa card reader en suami punya. Cuba letak memory card telefon dan sambung ke laptop. Eh, mana gambar..???? :-O Tak ada..????!!! Berjuta-juta gambar tu mana pergi..??? Eh, hyperbola je juta tu, baru seribu lebih gambar. Heehee.. Tapi tak ada!

Ok, tak putus asa. Since masa nak upload gambar tadi, ada ternampak button pilihan upload dari phone. Nak cuba yang tu pula. Letak balik memory card dalam handphone, dan sambung handphone ke laptop. Bila klik pilihan tadi tu, entah mana-mana pula dia bawa. Tak jadi.

Tak apa! Kita hidup jangan cari dan bagi alasan. Konon la kan~~ Jadi, cuba lagi klik button upload then 'choose file' macam biasa tu. Nampak la yang laptop ni dah baca handphone ni. Boleh pilih untuk browse isi dalam handphone atau dalam memory card. Hati dah gembira berbunga-bunga, seperti ada harapan.

Ok, klik pada memory card. Tada! Eh, sama macam tadi jugak..??? Takpe, cuba pula klik pada bahagian phone.. ... ... ... ... TADA!!!! errkkkk..? Mana pergi semua gambar..??? OTTOKE!? Baru ingat nak upload gambar sambut birthday yang ke-2 anak sedara, nama Alya tu. Tak de harapan la nak update blog sekali dengan letak-letak gambar. Tak tahu mana hilang semua gambar:(

Konon nak letak gambar, bagi menarik sikit, sebab tak pandai sangat nak buat ayat bagi menarik hati para juri kan. Tapi tak terdaya. Mood pun sudah kelaut dah ni. Lepas ni harapan je la nak update blog kt laptop n taruk gambar. Kalau nak taruk gambar juga, kena update guna handphone je. Tapi tak puas update dari handphone. Takde feel~

Gigih betul usaha cari jalan untuk letak gambar dalam posting ni. Saya ni memang suka cuba-cuba macam ni, cari jalan. Jadi jangan nak cakap saya suka cari dan beri alasan eh. ANNOYING ok!? Entahlah, sama ada aku sendiri memang tak boleh adapt diri ni, atau memang suasana kerja, life kerja ni macam ni. Serius aku menyampah bila orang condemn, konon kau macam bagus sangat. urghhh..! Ok, selingan semata-mata dan, end of it.!

Cuba lagi untuk upload gambar. Sampai laptop hampir hang..! T.T

Cukup-cukup la repekan kali ini. Hujung minggu ni insyaAllah akan ke Terengganu. Yeehaaa! Moga selamat perjalan pergi dan balik.

Hingga bertemu lagi, wassalam.

P/s: Serius banyak benda nak cerita. Teringin nak share pasal treatment. But I don't think it is appropriate to share about it here. Wish I can have my own writing on the treatment, but I am too out dated on using this blog, like some people, the put password on some of the entry. And I really don't know how to do it! urghhh!!! born in 80's but not so good in IT. poor me! T.T and, please anybody who read this, pray for our success in this treatment. Will share the good news, if we have any. latest by next week. Let's keep on praying!

No comments:

Post a Comment