Yang mengikutiku.. ;)

Wednesday, 18 March 2015

Surah al-Baqarah ayat 221~230; Memilih teman hidup

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sempat baca tafsir hari ni. Bagus tafsir ni, setiap ayat tu, dia cerita peristiwa-peristiwa yang berlaku. Elok dan sangat recommended.

Kali ni tak nak cerita sendiri. Tak reti nak hurai. Share gambar terus. ^.^

Secara ringkasnya, ayat 221 tu memang cerita pasal orang macam mana nak dipilih jadi pasangan hidup. ayat 222 tu bercerita pasal bagaimana keadaan perempuan ketika haid dan hubungan suami isteri ketika isteri haid. ayat 223 pula nasihat kepada para suami dalam cara perhubungan dengan isteri.

Terjemahan surat al-baqarah ayat 221~ayat 223:

2:221. Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.

juzu' 2 muka surat 194-195.
bahagian awal tafsir tu, boleh rujuk di entry sebelum ni.
juzu' 2 muka surat 196~197.
masih bercerita dari ayat 221.

2:222. Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.
2:223. Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.
juzu' 2 muka surat 198~199.
tafsir ayat 222~223
 

Alhamdulillah, selamat kongsi bacaan kali ni.
Tengah-tengah on the phone dengan suami  tadi, ada orang datang nak jumpa. Rupanya nak jual buku. Muda lagi orangnya, 18 tahun. Dah keluar cari rezki macam ni. Alhamdulillah. Bagus-bagus. Moga murah rezeki adik ni. Katanya ayah dah takde, nak tolong emaknya cari duit. Terbaik! Malaysia perlukan lebih ramai orang macam ni.

Buku tulisan ibn Khatir, tapi dah diterjemah ke bahasa Melayu.
RM299, tapi dapat potongan RM49, jadi beli dengan harga RM250.
Terbuka hati nak beli buku ni. Kira hadiah hari lahir encik suami la. Lebih kurang 10 hari lagi hari lahir suami. Invest sikit duit untuk beli buku, rasanya berbaloi. Moga kami suami isteri jadi ulat buku, pencinta buku dan rajin membaca, supaya ilmu makin bertambah. Amiin~~

sekian, wassalam.


P/s: teringin nak jadi hamba yang selalu membaiki diri, kena la banyak membaca. wahyu pertama pun suruh iqra', membaca. dalam banyak-banyak hal, yang pertama sekali Allah suruh membaca. pandai-pandai sendiri la ye untuk pertimbangkan penting ke tidok membaca ni.

Tuesday, 17 March 2015

Surah Al-Baqarah: Ayat 219~Ayat 220; Minuman keras dan perjudian

Assalamualaikum..

Hari ni teringin nak kongsi sedikit ilmu dari Tafsir Al Azhar, Prof Dr Hamka.

Sebelum tu, nak cerita ceriti ceritu sedikit pasal macam mana saya boleh ada tafsir Al-Azhar ni.  Tafsir ni ada 9 jilid semuanya, setiap jilid tu, merangkumi tafsir untuk 3 Juzu'. Ada 3 jilid tu, cover untuk 4 juzu'. Jadi, cukup la tafsir untuk 30 juzu' al-quran, tapi tak ingat la jilid ke berapa yang ada tafsir untuk 4 juzu' tu.  Nak beli, boleh beli online ye. Try klik kat sini. Harga pun berpatutan.

Saya punya ni, tak tahu berapa RM, lupa sudah sebab bukan saya yang beli. Sebenarnya, tafsir ni mas kahwin saya. Kalau harga tafsir ni RM100, jadi mas kahwin saya pun  RM100 la. Tapi rasanya, tak lari jauh kot harga tafsir ni dengan yang ada dalam website kat atas tu.

Kami adik-beradik perempuan, ayah dah tetapkan mas kawin adalah tafsir Al-azhar Prof Dr Hamka ni. Saya dan kakak dah selamat, ada tinggal satu lagi bunga yang belum dipetik orang. Pun sama juga mas kawin dia. Alhamdulillah, dikurniakan Allah seorang ayah yang memudahkan urusan khawin anak-anak. Ayah pesan, bukan sesaja dijadikan mas khawin, tapi nak kami baca dan paham dan amalkan. Untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat. InsyaAllah, moga mendapat keberkatan.


Semalam baca tafsir untuk surah al-Baqarah; ayat 219~ayat 220
Terjemahan:

219: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu tentang apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu memikirkan,

220: tentang dunia dan akhirat. Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim. Katakalah, "Mengatur baik-baik keadaan mereka adalah lebih baik!" dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu, Allah mengetahui orang yang berbuat kerusakan dan yang mengadakan perbaikan. Dan jika Allah menghendaki, niscaya Dia mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
 
Ayat 219; ada yang bertanya dengan Rasulullah mengenai pandangan agama tentang minuman keras dan juga judi. Allah memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan ajaran berfikir dengan dua jalan.
Pertama: Pertimbangkan mana yang lebih besar dosanya dari manfaatnya.
Kedua: Pertimbangkan dengan saksama tiap-tiap perbuatan.
 
 
Ketika ini, kebanyakan umat Islam sudah tidak minum dan bermain judi, tapi masih ada yang mengamalkannya dalam jumlah yang sedikit. Hingga turun ayat 42 dalam surah An-Nisa yang melarang pemabuk untuk mendekati solat. Ketika ini, larangan minum arak belum jelas, sehingga turun ayt 90 surah al-Maidah, ayat yang lebih keras dari ayat pertama dan kedua, serta isinya telah menutup terus dan mengancam keras arak dan judi untuk selamanya.
 
Persoalan mengenai harta yang harus diinfakkan. Dikatakan ketika ini, para sahabat sudah tidak miskin dari peristiwa hijrah, sama ada harta dari perniagaan ataupun dari peperangan. Rasulullah menjawab 'kelebihan dari yang perlu'. Jika keperluan diri dan rumahtangga sudah dipenuhi, dan masih ada baki dari apa yang telah disediakan, yang baki itu bolehlah diinfak.
 
Ayat 220; Allah telah mengingatkan untuk berfikir manfaat dan mudharat dari arak dan judi, juga dari hal menginfakkan harta, pertimbangkan manfaat dan mudharat untuk mengorbankan harta benda di jalan Allah, membantu yang patut dibantu. Ayat 'di dunia dan di akhirat',  Allah menyuruh untuk berfikir manfaat dan mudharat, bukan setakat di dunia, tapi fikirkan juga manfaat dan mudharat di akhirat. Untuk buat sesuatu, fikirkan dan pertimbangkan berapa pahala di akhirat kelak.
 
Persoalan mengenai anak-anak yatim. Umat Islam disuruh mengatur pemeliharaan anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah saudara seiman. Jika telah diniatkan dianggap sebagai saudara, tentu tahu bagaimana menguruskan mereka dan harta mereka. Dianjurkan untuk menggauli mereka, dan dianggap sebagai anak sendiri. Kalau dia miskin, kamu mampu, peliharalah dia mengikut kemampuanmu. Kalau dia miskin dan kamu pun miskin, moga-moga adanya dia dalam rumah membawa rezki. Kalau kamu miskin dan dia membawa kekayaan pusaka, pelihara iman, pasti tiada kecurangan berlaku.
 
Allah tahu siapa yang ingin membina yang baik dan merosakkan dan Allah boleh memberati  kita sekiranya Dia mahu. Anak yatim wajib dipelihara, diberi makan minum tapi tidak boleh diambil hartanya.
 
KESIMPULAN:
Kedua-dua ayat ini bercerita mengenai harta dalam 3 persoalan.
1: arak dan judi: memboroskan harta, menganiaya diri dan bawa kecelakaan.
2: menafkahkan harta dijalan Allah: jaga terlebih dahulu keperluan diri dan keluarga, kemudian lebih dari keperluan itu keluarkanlah.
3: memelihara anak yatim: amanah menyimpan harta anak yatim, dan keraguan terhadap termakan harta mereka. pelihara dengan iman, kerana iman membawa kejujuran.
**buatlah pertimbangan sebaik-baiknya untuk selamat dunia dan akhirat.
 
 
Alhamdulillah, selesai jugak kongsi tafsir ni secara ringkas. Rasa macam nak cerita secara penuh, macam copy paste. Sangat menarik tafsir ni. Risau juga kalau-kalau terlepas point penting, atau yang lebih teruk takut tersalah kongsi ilmu. Nauzubillah. Lepas-lepas ni mungkin boleh share gambar terus kot dari tafsir ni. Tak payah dah nak ringkaskan isi macam ni. Maklum, dah lama tak mengarang. Guna balik ilmu untuk ringkaskan cerita yang belajar masa zaman sekolah dulu-dulu. HEHEHEE..
 
 
Juzu' 2 muka surat 186~197

 
Juzu' 2 mukasurat 188~189


Juzu'2 muka surat 190~191

 
Juzu'2 muka surat 192~193

Rasanya lepas ni, kalau nak share, nak upload gambar terus la. Senang sikit. HEH! :D Bukan apa, supaya ilmu tu sampai elok je. Risau kalau sendiri taip, untuk ringkaskan tu, takut-takut salah. Kang seksa nak menjawab nanti. Jadi, share la gambar terus. Mungkin akan ambil sikit-sikit point je la nanti.

Kalau ada yang salah, mohon betulkan. kita sama-sama belajar.
 
Sekian, wassalam. ^_^

Monday, 16 March 2015

Homestay murah..!! Homestay murah..!!

Assalamualaikum..

WAhh!!! Bukan main lagi tajuk entry kali ni. Mengaku je murah, perasan!.. InsyaAllah betul murah.
Hanya RM100/malam. Tidak kira hari bekerja, atau hari cuti umum.

Homestay di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka.

Boleh godek-godek di blog:

http://izihomestaymelaka.blogspot.com/2015/03/homestay-di-bukit-katil-ayer-keroh.html

Rasa syiok juga blogging ni ya. Best betul kalau dengan blogging ni boleh buat duit. Jadi, saya nak promote la homestay ni. Cuba-cuba je dulu. Heh!

Minta tolong promote pada kenalan semua ya~

Jumpa lagi di lain entry!

3 Hari Menanti Mati

Assalamualaikum..

Tajuk asal entry ni, 'ANAK ANGKAT'. Dah taip-taip apa nak cerita. Tapi rasa macam pelik je. End up terperuk je, jadi draft. Dah berapa tahun khawin ni. Tergerak juga hati nak ambil anak angkat.

Last sekali, dapat idea untuk taip secara ringkas dan berkaitan dengan tajuk entry tu. Tajuk cerekarama di TV3 lebih 2 minggu yang lepas.

Cerita tu agak sedih dan menyentuh hati kami-kami yang bergelar TTC ni. Bagi saya sendiri, part paling menyentuh hati, isi surat yang dia tulis kepada isteri dia.

"rasa diri ini lebih sempurna bila bersama Amy.."

Drama ini mengisahkan pasangan yang tidak dikurniakan zuriat. Isteri dia salah faham pada dia. Disangkakan suami dia curang dah sudah mempunyai anak dengan perempuan lain. Anak perempuan tu namanya Amy.
Akhir cerita ni, suami dia meninggal kerana menghidap kanser dan tinggalkan surat ni pada isteri dia yang dah tak percaya pada dia.

Ok, back to the story. Ayat dia rasa lebih sempurna bila bersama Amy, sangat menyentuh hati. Betapa terkesannya ayat ni, sebab itu la yang kami rasakan sekarang. Menumpang kasih anak orang. Budak Amy tu panggil dia 'ayah'. Dia, yang tak mampu untuk punyai zuriat sendiri, pasti rasa amat bahagia bila ada orang panggil dia 'ayah'. Biarpun bukan dari darah daging sendiri.

Isu anak angkat. Alhamdulillah, beberapa teman seangkatan sudah pun punya anak angkat. Tumpang gembira untuk mereka. Untuk diri sendiri? Seakan banyak halangan dan tentangan. Untuk kami punyai anak angkat, mungkin tidak semudah itu.

Bila pernah disuarakan. Isu bukan darah daging mula-mula sekali diperkatakan. Seriously, I don't think its a big deal. Ambil yang baby, nanti I can consume those pill to produce milk, and then they will become my 'anak susuan'. Susu tu nanti dah jadi darah daging budak tu, so it's not a problem at all. Tapi, itu pandangan saya la, bukan pandangan orang lain.

Takpelah, kalau dah itu takdir. Berdua je la. Moga-moga ada rezki untuk zuriat sendiri. Moga-moga suatu hari nanti ada yang memanggil diri ini 'ummi'..ada yang memanggil diriku yang separuh lagi tu 'abi'..

Menumpang kasih, dan merasa lebih sempurna dari seorang yang bukan darah daging. Orang yang mampu ada zuriat sendiri, memang takde rasa apa-apa pun dengan statement ni. Tapi percayalah, kami yang menanti dan ternanti-nanti ni, faham sangat dengan rasa tu.

Next treatment yang tak tahu bila nak mula. Doakan kami.
A few gambar dibawah, gambar menumpang kasih anak orang. Heh! bunyi macam kesian je kan? :P


suami dengan baby kawan dia, abg Raja dan Kak Nik

suami dengan anak sedara di pantai klebang

opss..im such a sleepyhead! sama naik dengan anak sedara, tidur dalam kereta


saya dan anak sedara, alya.

bersama anak kawan TTC, baby ivf dari metro klang. baby hazim asyik tengok suami je, sampai teleng kepala.
baby baik ni, tak nangis pun. riba kejap je, pastu lelap. mudah je dia lelap.
hazim, be a good boy to ur momma erin ye~~

p/s: Alhamdulillah, dah mula buat post di blog lagi satu. Lepas ni nak kurangkan cerita pasal TTC disini. Saya taknak orang fikir, yang hidup saya ni semata-mata pasal TTC je. Tak, hidup saya ada macam-macam, cuma tak share je.


Monday, 2 March 2015

Mesyuarat Agong Bakit ke 17


Assalamualaikum..
Jumaat lepas, ada mesyuarat agong bakit ke 17 bagi TM Melaka. Takde apa yang istimewa. Saya pergi, daftar, amik doorgift mug, duduk kejap, then blah. Naik atas, tak lama lepas tu, ada orang panggil makan. Makan free beb! Laju je pergi. Alhamdulillah sempat juga merasa roti jala tu. Best.!
 
 
 
State GM TM Melaka tengah berucap
P/s: dah create blog baru untuk cerita pasal TTC. lambat nau nak tunggu jawapan en suami ni. so, get ready awal-awal la. Since dia kata, ok je nak tulis if takde orang baca and kalau orang baca, orang tak kenal siapa. So, faham-faham la. Lepas ni tak tahu la aktif kat blog sana ke blog sini. Heh! 
 

Thursday, 26 February 2015

No caption..no title..

Copy paste dari wechat sendiri. That time i was having a hard time..and it comes just like that..
 
mengharapkan untuk mampu hidup di alam fantasi..
hanya aku dan dia..
hanya cerita bahagia kami..
hanya kami..!
mengharapkan untuk selalu senyum gembira..
tiada duka..tiada sendu..
mengharapkan hati ini,jiwa ini..
tabah menghadapi..
namun akhirnya tertewas jua,tertumpah jua air mata..
walau tika kusendiri..
kusangka kuat..
rupanya rapuh umpama dahan nan kering..
hanya mampu melihat dari jauh..
senyumku dalam tangisan..
maaf,aku tak mengerti rasa itu..
tidak pernah ku alami..
tapi aku teramat teringin..
teringin untuk merasai sepertimu..
bukan sekadar sesekali cuma..
sememangnya aku teramat teringin..
berikan ku sedikit kekuatan saatku lemah..dan rebah..
kumahu untuk terus kuat,untuk terus senyum..
walau hati luka bagai ditusuk duri.. 

Wednesday, 25 February 2015

Rawatan 2014

Assalamualaikum..

Tetiba terfikir, kenapa la tak catat apa-apa ye? Dulu rasa macam nak buat blog yang private sikit. Tapi, tak terbuat. Lama-lama makin malas pula nak buat. Rasanya cukup je la dengan 1 blog ni je kot. Tak tahu sesuai ke tidak untuk tulis di bloq ni pasal semua rawatan tu. Nak kena minta kebenaran dulu dengan En Suami, mungkin dia kurang selesa kot kalau nak kongsi pasal rawatan tu kat sini. Sebenarnya bukanlah nak kongsi pun, cukup sekadar catatan pengambilan ubat-ubatan tu. Untuk rekod je pun.

Lagipun, blog ni tak ramai orang baca. Saja-saja tulis, untuk catatan diri sendiri. Hehee.. In case kalau ada yang perlu di'private' kan, kalau tak silap, blog ni kita boleh buat certain entry tu private. Kena letak password baru orang boleh baca. Tapi tak reti nak buat macam mana. HAhaha.. Buta IT betul. Takpe, nanti sampai masa bila perlu, kita godek-godek kat google ke, Tanya orang ke.. For the time being, let it be. The most important thing is, I need to ask En Suami, whether he let me share it here or not.

Cuma terkilan dengan diri sendiri. Setelah apa yang dilalui 2014. Rancangan awal untuk mencatat segala-galanya. Tapi hanya repekan yang mampu dicoret di blog ini. Heh! Sepatutnya catat semua nama dan dos-dos ubat yang digunakan. Kot-kot ada rezeki lebih, nak tukar doctor ke apa ke kan. At least dapat share maklumat tu dengan doctor baru nanti. Dari situ mungkin dia dapat tahu mana dadah yang sesuai untuk diri ni.

Next time, I think I should really record them. Next time yang tak tahu bila. Mueheheh.. Tahun ni mungkin rehat dulu. Dah macam-macam dadah masuk dalam badan ni. Rasa badan ni pun macam tak berapa nak sihat je. Cuma malas nak fikir bukan-bukan. Lagi fikir, lagi risau. Lagi risau, lagi menarik benda-benda negative meresap dalam tubuh. Rileks-rileks sudah~~

Serba ringkas rawatan pada 2014.
April 2014; 1st IUI; clomid; BFN
Mei 2014; 2nd IUI; ubat inject; putus ditengah jalan, tak boleh proceed and for sure no good news                          at all.
Ogos 2014, 18; kaunseling IVF dan prosedur heteroskopi.
                    22; CD3, TVS and start injection for IVF(another TVS on 26th and 29th)
Sept 2014, 1; OPU (kebetulan masa ni cuti hari merdeka,sebab 31hb 8 tu hari ahad)
                  6; ET day 5 (transfer 2. kedua-duanya blastocyst gred A)
                  18; ujian darah bHCG, BFN
Nov 2014, 21; CD2, TVS and start consume progynova. (another TVS on 25th and 28th)
Dec 2014, 2; FET, embrio day 3. (Transfer 3, ada gred A dan B. bilangannya dah lupa. This time              embryologist said the quality is not that good, pasrah dan redha j)
                 17; Ujian darah bHCG, BFN.

Memang catatan ringkas-seringkas nya la tu. Ingat-ingat lupa. Bab tarikh tu insyaAllah betul sebab siap rujuk kad temujanji dan juga sanggup pergi belek fail admin, rujuk tarikh MC. HEH! >.<

Ubat dan dos memang hanyut ke laut la. Ada juga yang ingat sikit-sikit, tapi dos langsung tak ingat dah. Antara ubat-ubat yang telah Berjaya menakluki badan ni sepanjang rawatan. Clomid(famous amous pnye ubat ni, confirm semua yang terlibat dengan rawatan ni pernah consume ubat ni), utrogestan, pubergen, asid folic (ni sebanarnya lebih kepada supplement), centriocyde (lupa ejaan betul macam mana) progynova, duphaston.
Tambahan, selepas akak-akak duk bincang dalam group whatsapp, baru ingat ubat yang pernah digunakan, gonal-f(yang ni ubat famous juga) dan crinone. Ada lagi ubat lain, tapi lupa. memang banyak sangat dah ubat yang guna. huhuu..

Banyak lagi sebenarnya, tapi lupa. -.-" nanti kalau ingat, nak update balik kat blog ni. eheee..
Jarum yang guna, tak usah cerita. Dari sekecik-kecik jarum, sampai jarum besar. Bila inject tu, siap berdarah la, bengkak la, gatal la. fuhhh..kenangan la semua tu. Tak tahu bila pula nak tempuh balik semua tu.

Serius! Next time memang nak catat kat sini. Harap-harap rajin la nak update nanti.Heheee.. Untuk rujukan dan kegunaan masa depan.

Dan tahun ni, bulan 2 sudah hampir menutup tirai. Kejap je masa berlalu. Moga hidup diredhai Allah, diberkati dan sentiasa dalam perlindugan Dia.

Sehingga bertemu lagi di bebelan yang akan datang.
Wassalam.
Suka sangat balik kampong, lepak ramai-ramai tepi pantai, BBQ, main bola.


lagi teruja dan suka bila perjalan dari kampong ke Melaka, makan masa 16 jam. -.-"

P/s: Kebahagiaan datang dari hati yang tenang. Hati tenang hanya bila mengingati Allah. Terima kasih ya Allah atas semua ujian ini. :')

Monday, 16 February 2015

Tahun Baru, Semangat Baru

Assalamualaikum..

Dah berbulan tak update. Sebenarnya, dah taip, tapi tak post. Entah, rasa macam tak kena je nak post.

Sepanjang beberapa bulan tak update ni, macam-macam berlaku di Malaysia. Terbaru, dikhabarkan dengan pemergian pemimin yang paling disayangi rakyat, Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat. Permergian yang tiada ganti, yang dirasai setiap jiwa. Bulan 12 yang lalu, Pantai Timur dilanda banjir yang teruk. Moga kita semua sama-sama muhasabah. Ini ingatan dari Allah. Kiamat dah dekat. Bumi dah tua. Ulama-ulama pun Dia dah ambil. Wajiblah tambah amal, jangan ditambah berat sebelah kiri sudah.

Tujuan tulis post kali ini. Nak kongsi satu hal yang penting bagi orang senasib kami. Dengan harapan, dapat membantu sedikit sebanyak.

Sebenarnya, tadi tersangat rajin dengan 'blogwalking'. Niat di hati nak survey harga satu supplement ini. Di samping itu juga, niat di hati nak dapatkan no telefon klinik UKM yang berdekatan dengan HKL. Kenapa? Kenapa cari no telefon klinik UKM tu? Sebabnya, sebelum ini, kami dapat supplement tu dari HKL. Diorang bagi untuk 3 bulan je kalau tak silap. Lupa sudah, sebab masa tu tahun 2013. Sekarang 2015.

Ok, nurse HKL kata, suami kena makan tribestan ni dengan surbex protect. Nurse kata boleh beli di farmasi UKM yang dekat dengan HKL. Katanya dapat harga murah sikit. Itu la pasal, nak dapatkan no telefon klinik tu, tujuannya nak survey harga tribestan tu la. Surbex protect insyaAllah mudah didapati di mana-mana farmasi, watson, guardian dan sebangainya. Tapi tidak bagi tribestan. Susah nak dapat di Melaka ni.

Alhamdulillah..Allah mudahkan, dengan bantuan akak di dalam group Whatsapp kami, dia share no telefon farmasi tu. Apa lagi, tanpa ragu-ragu, terus call!

RM166..!!

YA! RM166 untuk sekotak. Sekotak ada 60 biji. Kena makan sebiji 3 kali sehari.
Haa.. tu dia harga tribestan ini.
Berdasarkan survey, jumpa di blog. Ada yang kata RM200 lebih sekotak, ada yang kata paling murah jumpa yang harga RM160. Di web farmasi caring, boleh beli online, harga asal RM195, sekarang dia buat potongan, RM165. Tapi this one, I am not sure  it is including postage or not.

KEBETULAN..! Ya, kebetulan Jumaat lepas pergi dating ke AEON Bandar Melaka, tengok wayang. Sesaja pusing jalan-jalan. Singgah farmasi caring. Kat situ tak banyak stok. Harga sekotak, RM145. YA! RM145..

Jadi, kitorang decide. Eh, bukan kitorang sebab belum discuss lagi dengan encik suami. Saya decide beli kat caring farmasi AEON Bandar Melaka jela. Memandangkan sini paling murah. Rupanya caring farmasi tengah promosi. Ada akak sorang lagi dalam group Whatsapp yang inform. Kena cepat ni, kalau tak habis. Masa tengok Jumaat lepas, ada 2 kotak je pun.

Hari ini gaji, hari ini juga kena gi beli ni.


Tribestan; 60 biji; 250mg; RM145; Caring Pharmacy AEON Bandar Melaka.


Image result for tribestan


Image result for tribestan
gambar ehsan dari encik google
Tak tahu dah berapa ribu berhabis untuk tujuan yang satu ini. Dah berapa tahun usaha ni, belas ribu ada kot. Dengan sakit nya tak usah cerita la, dengan mental, emosi. Kadang tak sangka, sejauh ini diriku melangkah. Sejauh ini diriku menghadap ketentuan Ilahi. 'If He bring you to it, He will get you through it!'
Thank you Allah for everything.
Tahun baru, semangat baru, jiwa lebih kental. Moga kasih kian padu. Dunia hanya pinjaman, akhirat kekal abadi.

Hingga bertemu lagi.
Wassalam.

p/s: Haruslah banyakkan isu sikit. Kalau asyik cerita 'hal' tu je, tak dapat join the group la. If that happen, then I would excuse myself la... ^_^ kadang kena pujuk sendiri hati, sebab orang tak faham.. takpe, ni bahagian aku, kamu ada bahagian kamu..