Yang mengikutiku.. ;)

Monday, 16 March 2015

3 Hari Menanti Mati

Assalamualaikum..

Tajuk asal entry ni, 'ANAK ANGKAT'. Dah taip-taip apa nak cerita. Tapi rasa macam pelik je. End up terperuk je, jadi draft. Dah berapa tahun khawin ni. Tergerak juga hati nak ambil anak angkat.

Last sekali, dapat idea untuk taip secara ringkas dan berkaitan dengan tajuk entry tu. Tajuk cerekarama di TV3 lebih 2 minggu yang lepas.

Cerita tu agak sedih dan menyentuh hati kami-kami yang bergelar TTC ni. Bagi saya sendiri, part paling menyentuh hati, isi surat yang dia tulis kepada isteri dia.

"rasa diri ini lebih sempurna bila bersama Amy.."

Drama ini mengisahkan pasangan yang tidak dikurniakan zuriat. Isteri dia salah faham pada dia. Disangkakan suami dia curang dah sudah mempunyai anak dengan perempuan lain. Anak perempuan tu namanya Amy.
Akhir cerita ni, suami dia meninggal kerana menghidap kanser dan tinggalkan surat ni pada isteri dia yang dah tak percaya pada dia.

Ok, back to the story. Ayat dia rasa lebih sempurna bila bersama Amy, sangat menyentuh hati. Betapa terkesannya ayat ni, sebab itu la yang kami rasakan sekarang. Menumpang kasih anak orang. Budak Amy tu panggil dia 'ayah'. Dia, yang tak mampu untuk punyai zuriat sendiri, pasti rasa amat bahagia bila ada orang panggil dia 'ayah'. Biarpun bukan dari darah daging sendiri.

Isu anak angkat. Alhamdulillah, beberapa teman seangkatan sudah pun punya anak angkat. Tumpang gembira untuk mereka. Untuk diri sendiri? Seakan banyak halangan dan tentangan. Untuk kami punyai anak angkat, mungkin tidak semudah itu.

Bila pernah disuarakan. Isu bukan darah daging mula-mula sekali diperkatakan. Seriously, I don't think its a big deal. Ambil yang baby, nanti I can consume those pill to produce milk, and then they will become my 'anak susuan'. Susu tu nanti dah jadi darah daging budak tu, so it's not a problem at all. Tapi, itu pandangan saya la, bukan pandangan orang lain.

Takpelah, kalau dah itu takdir. Berdua je la. Moga-moga ada rezki untuk zuriat sendiri. Moga-moga suatu hari nanti ada yang memanggil diri ini 'ummi'..ada yang memanggil diriku yang separuh lagi tu 'abi'..

Menumpang kasih, dan merasa lebih sempurna dari seorang yang bukan darah daging. Orang yang mampu ada zuriat sendiri, memang takde rasa apa-apa pun dengan statement ni. Tapi percayalah, kami yang menanti dan ternanti-nanti ni, faham sangat dengan rasa tu.

Next treatment yang tak tahu bila nak mula. Doakan kami.
A few gambar dibawah, gambar menumpang kasih anak orang. Heh! bunyi macam kesian je kan? :P


suami dengan baby kawan dia, abg Raja dan Kak Nik

suami dengan anak sedara di pantai klebang

opss..im such a sleepyhead! sama naik dengan anak sedara, tidur dalam kereta


saya dan anak sedara, alya.

bersama anak kawan TTC, baby ivf dari metro klang. baby hazim asyik tengok suami je, sampai teleng kepala.
baby baik ni, tak nangis pun. riba kejap je, pastu lelap. mudah je dia lelap.
hazim, be a good boy to ur momma erin ye~~

p/s: Alhamdulillah, dah mula buat post di blog lagi satu. Lepas ni nak kurangkan cerita pasal TTC disini. Saya taknak orang fikir, yang hidup saya ni semata-mata pasal TTC je. Tak, hidup saya ada macam-macam, cuma tak share je.


No comments:

Post a Comment