Hari ni teringin nak kongsi sedikit ilmu dari Tafsir Al Azhar, Prof Dr Hamka.
Sebelum tu, nak cerita ceriti ceritu sedikit pasal macam mana saya boleh ada tafsir Al-Azhar ni. Tafsir ni ada 9 jilid semuanya, setiap jilid tu, merangkumi tafsir untuk 3 Juzu'. Ada 3 jilid tu, cover untuk 4 juzu'. Jadi, cukup la tafsir untuk 30 juzu' al-quran, tapi tak ingat la jilid ke berapa yang ada tafsir untuk 4 juzu' tu. Nak beli, boleh beli online ye. Try klik kat sini. Harga pun berpatutan.
Saya punya ni, tak tahu berapa RM, lupa sudah sebab bukan saya yang beli. Sebenarnya, tafsir ni mas kahwin saya. Kalau harga tafsir ni RM100, jadi mas kahwin saya pun RM100 la. Tapi rasanya, tak lari jauh kot harga tafsir ni dengan yang ada dalam website kat atas tu.
Kami adik-beradik perempuan, ayah dah tetapkan mas kawin adalah tafsir Al-azhar Prof Dr Hamka ni. Saya dan kakak dah selamat, ada tinggal satu lagi bunga yang belum dipetik orang. Pun sama juga mas kawin dia. Alhamdulillah, dikurniakan Allah seorang ayah yang memudahkan urusan khawin anak-anak. Ayah pesan, bukan sesaja dijadikan mas khawin, tapi nak kami baca dan paham dan amalkan. Untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat. InsyaAllah, moga mendapat keberkatan.
Semalam baca tafsir untuk surah al-Baqarah; ayat 219~ayat 220
Terjemahan:
219: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu tentang apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu memikirkan,
220: tentang dunia dan akhirat. Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim. Katakalah, "Mengatur baik-baik keadaan mereka adalah lebih baik!" dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu, Allah mengetahui
orang yang berbuat kerusakan dan yang mengadakan perbaikan. Dan jika Allah menghendaki, niscaya Dia
mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
Ayat 219; ada yang bertanya dengan Rasulullah mengenai pandangan agama tentang minuman keras dan juga judi. Allah memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan ajaran berfikir dengan dua jalan.
Pertama: Pertimbangkan mana yang lebih besar dosanya dari manfaatnya.
Kedua: Pertimbangkan dengan saksama tiap-tiap perbuatan.
Ketika ini, kebanyakan umat Islam sudah tidak minum dan bermain judi, tapi masih ada yang mengamalkannya dalam jumlah yang sedikit. Hingga turun ayat 42 dalam surah An-Nisa yang melarang pemabuk untuk mendekati solat. Ketika ini, larangan minum arak belum jelas, sehingga turun ayt 90 surah al-Maidah, ayat yang lebih keras dari ayat pertama dan kedua, serta isinya telah menutup terus dan mengancam keras arak dan judi untuk selamanya.
Persoalan mengenai harta yang harus diinfakkan. Dikatakan ketika ini, para sahabat sudah tidak miskin dari peristiwa hijrah, sama ada harta dari perniagaan ataupun dari peperangan. Rasulullah menjawab 'kelebihan dari yang perlu'. Jika keperluan diri dan rumahtangga sudah dipenuhi, dan masih ada baki dari apa yang telah disediakan, yang baki itu bolehlah diinfak.
Ayat 220; Allah telah mengingatkan untuk berfikir manfaat dan mudharat dari arak dan judi, juga dari hal menginfakkan harta, pertimbangkan manfaat dan mudharat untuk mengorbankan harta benda di jalan Allah, membantu yang patut dibantu. Ayat 'di dunia dan di akhirat', Allah menyuruh untuk berfikir manfaat dan mudharat, bukan setakat di dunia, tapi fikirkan juga manfaat dan mudharat di akhirat. Untuk buat sesuatu, fikirkan dan pertimbangkan berapa pahala di akhirat kelak.
Persoalan mengenai anak-anak yatim. Umat Islam disuruh mengatur pemeliharaan anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah saudara seiman. Jika telah diniatkan dianggap sebagai saudara, tentu tahu bagaimana menguruskan mereka dan harta mereka. Dianjurkan untuk menggauli mereka, dan dianggap sebagai anak sendiri. Kalau dia miskin, kamu mampu, peliharalah dia mengikut kemampuanmu. Kalau dia miskin dan kamu pun miskin, moga-moga adanya dia dalam rumah membawa rezki. Kalau kamu miskin dan dia membawa kekayaan pusaka, pelihara iman, pasti tiada kecurangan berlaku.
Allah tahu siapa yang ingin membina yang baik dan merosakkan dan Allah boleh memberati kita sekiranya Dia mahu. Anak yatim wajib dipelihara, diberi makan minum tapi tidak boleh diambil hartanya.
KESIMPULAN:
Kedua-dua ayat ini bercerita mengenai harta dalam 3 persoalan.
1: arak dan judi: memboroskan harta, menganiaya diri dan bawa kecelakaan.
2: menafkahkan harta dijalan Allah: jaga terlebih dahulu keperluan diri dan keluarga, kemudian lebih dari keperluan itu keluarkanlah.
3: memelihara anak yatim: amanah menyimpan harta anak yatim, dan keraguan terhadap termakan harta mereka. pelihara dengan iman, kerana iman membawa kejujuran.
**buatlah pertimbangan sebaik-baiknya untuk selamat dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, selesai jugak kongsi tafsir ni secara ringkas. Rasa macam nak cerita secara penuh, macam copy paste. Sangat menarik tafsir ni. Risau juga kalau-kalau terlepas point penting, atau yang lebih teruk takut tersalah kongsi ilmu. Nauzubillah. Lepas-lepas ni mungkin boleh share gambar terus kot dari tafsir ni. Tak payah dah nak ringkaskan isi macam ni. Maklum, dah lama tak mengarang. Guna balik ilmu untuk ringkaskan cerita yang belajar masa zaman sekolah dulu-dulu. HEHEHEE..
Juzu' 2 muka surat 186~197 |
Juzu' 2 mukasurat 188~189 |
Juzu'2 muka surat 190~191 |
Juzu'2 muka surat 192~193 |
Rasanya lepas ni, kalau nak share, nak upload gambar terus la. Senang sikit. HEH! :D Bukan apa, supaya ilmu tu sampai elok je. Risau kalau sendiri taip, untuk ringkaskan tu, takut-takut salah. Kang seksa nak menjawab nanti. Jadi, share la gambar terus. Mungkin akan ambil sikit-sikit point je la nanti.
Kalau ada yang salah, mohon betulkan. kita sama-sama belajar.
Kalau ada yang salah, mohon betulkan. kita sama-sama belajar.
Sekian, wassalam. ^_^
No comments:
Post a Comment