Hari ini, tengah kelam kabut, kelam kelibut dengan kerja. Telefon orang sana sini, cari maklumat sana sini. Tiba-tiba, langkahku terhenti. Eh, En Suami telefon! Dengan sepantas kilat daku menjawab panggilan telefonnya.
Suami: Ayang, abe dah nak sampai.
Daku: Ooo..Alhamdulillah, hati-hati ye sayang.. (dalam hati, bongok nye la aku, dari tadi duk kalut dengan kerja, lupa nak tanya suami dah drive sampai mana)
Suami: Ayang sibuk ke?
Daku: Ha'a,sibuk la jugak, banyak kerja ni. Nak kena buat itu la ini la. (dan daku sambung lagi pot pet pot pet. seperti biasa, En Suami jadi pendengar setia)
Suami: Ayang cuba tengok kuku ayang.
Daku: Bakpo?
Suami: Alaaa..tengok la kejap.
Daku: (tengok kuku di jari) Eh..!! Pendek! Abe kerat eh..?? Bilo abe kerat ni..???? (teruja tetiba dan gelak besar tak ingat dunia yang daku sekarang berada di pejabat, bukan di rumah mahupun di kamar indah kami,..heh!)
Suami: Ha'a, semalam abe potong. Ayang macam baby, abe potong sambil ayang tidur. Masa abe duk puji-puji ayang, ayang duk sengih-sengih tu, lepas pada tu la abe kerat.
Haaaa.. itu la kesahnya En Suami ku. Pasal puji-puji daku masa daku tengah lena tidur tu, awal-awal pagi tadi lagi dia dah bagitahu daku. Masa tu daku baru je lepas siapkan sarapan pagi dia. Dia kata dia puji "Ayang comel, ayang baik," dan macam-macam lagi. Pastu dia cakap, daku senyum je dalam tidur bila kena puji macam tu. Then daku jawab, "Laaaa...patut la rasa positif dan bersemangat je pagi ini.! Rupanya sebab ada ore puji semalam masa tengah tidur...!" hahahaha.. Daku tak sangka pula dia potong kuku daku masa daku tengah nyenyak tidur. Baik sangat la En Suami saya ni. Sebab dia baik sangat la yang saya memang tak boleh terima kalau ada orang buat dia sedih.
Ok, hari ni memang bersemangat lebih! Hahaha.. tak tau kenapa. Mungkin betul la kot, sebab En Suami duk puji dalam tidur tu, dah senyum senyum, sengih-sengih kambing gitu, ala kerang busuk gitu. Mungkin dah teralir ion atau cas positif dalam otak. Bangun pagi pun semangat je siapkan breakfast dia, then kemas-kemas dapur sikit. Setelkan baju dalam mesin lagi. Haaa...selalunya tak la macam ni. Alhamdulillah wa syukurillah. Dikurniakan teman hidup seperti dia. Maha suci Allah, dah banyak sangat nikmat yang Kau beri. terima kasih Allah, i Looooooooove you Allah...!!
Kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai. Tiada yang sempurna. Saya ada kekurangan, dia ada kekurangan. Kekurangannya itu dianggap kecil dengan kelebihan yang dia miliki. Usah dipertikaikan kekurangannya, tapi syukuri keleihannya, insyaAllah lebih bahagia. Susah senang sama-sama hadapi, tanggung. Moga kami akan terus bahagia. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.
Moga-moga lepas ini kami akan lebih positif! Dan ceria. InsyaAllah.
Haaa..satu lagi! Boleh nampak tak kat situ, kuasa minda dibawah sedar? Macam mana impaknya pada otak kita? Jadi, sesiapa yang ada anak, boleh la amalkan bercakap dengan mereka masa diorang tengah tidur. Baca doa-doa yang tertentu dan tiup pada ubun-ubun diorang. InsyaAlla berkesan. Yang suami saya buat ni hanyalah bagi kata-kata positif, bukan ayat-ayat al-quran. Kalau ayat-ayat al-quran..? Mesti la lebih-lebih lagi kesannya. Dan sebenarnya, saya selalu cakap dengan suami saya masa dia tengah tidur, bagitahu je la pada dia apa yang saya nak bagitahu. Selalu sangat saya buat sebab selalunya saya susah nak tidur. Dia dah lama lelap, saya takde teman nak borak. Memang itu la yang saya buat. En Suami saya ni memang dah jenis yang positif, jadi tak nampak la kesan tu. Jadi tak terperasan dengan kesan bercakap masa dia tengah tidur. Sekali saya yang kena. Haaa..hambikkau...! Memang terasa lainnya. hehe
Ok, selamat mencuba!
Wassalam.
Rabiatul Adawiyah bt Ahmad Amran
9.9.2013, Isnin
11.10 am.
No comments:
Post a Comment