Yang mengikutiku.. ;)

Friday, 22 February 2013

Misi Mencari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih bernyawa pada hari ini, masih diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dengan segala dosa.

Alhamdulillah dikurnikan banyak nikmat dan beberapa hari lepas, saya dan suami telah memutuskan sesuatu yang agak besar buat kami berdua. Kata setuju telah dicapai. Sekarang dalam proses perlaksanaan. Mungkin dalam masa 2 bulan atau 3 bulan lagi, dapatlah hasil dari keputusan kami ini. Ingatkan dah boleh jalan dengan rancangan A, tapi nampak gayanya terpaksa batalkan rancangan A dan buat rancangan B. Omputeh kata, never give up if your plan A didnt work out, remember..you still have another extra 24 alphabet to go. (^_~)

Jadi, kami terpaksa melakukan misi pencarian untuk merealisasikan impian dan harapan kami. Yang tu mungkin bukan rezki kami, jadi saya sendiri kena kuatkan hati la untuk menempuh suasana baru nanti. Alamak, saya ni jenis susah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Harap-harap nanti tak susah la untuk saya berasa selesa dengan suasana baru tu nanti.

Rasanya tu je la kot nak update hari ini. Hari ini hari Jumaat dan esok tak kerja..!! Saya suka sangat..! ^_^

Ok, then.. so long and goodbye..! ;)

p/s: tadi berborak dengan telefon dengan En Suami, dia bercerita tentang rancangan A kami yang tidak berjaya. selepas tu, saya asyik teringat je, sebab-sebab kenapa wanita lebih ramai dalam neraka berbanding dengan lelaki walaupun wanita lebih mudah masuk syurga berbanding lelaki.

No comments:

Post a Comment