Yang mengikutiku.. ;)

Monday, 9 September 2013

Mimpi atau igauan..?

Assalamualaikum..

Akhirnya, setelah sekian lama blog ini ditinggalkan.Post yang terakhir, bulan 2 2013. Sekarang dah bulan 9 2013.Fuhhhh, lama tu. Pagi ini, tergerak hati, tergerak tangan, tergerak jari-jariku untuk mencoretkan sedikit cerita. Ehhe..! Ayat bajet macam penulis novel la kononnya. :P

Hari ini, tengah kelam kabut, kelam kelibut dengan kerja. Telefon orang sana sini, cari maklumat sana sini. Tiba-tiba, langkahku terhenti. Eh, En Suami telefon! Dengan sepantas kilat daku menjawab panggilan telefonnya.

Suami: Ayang, abe dah nak sampai.
Daku: Ooo..Alhamdulillah, hati-hati ye sayang.. (dalam hati, bongok nye la aku, dari tadi duk kalut dengan kerja, lupa nak tanya suami dah drive sampai mana)
Suami: Ayang sibuk ke?
Daku: Ha'a,sibuk la jugak, banyak kerja ni. Nak kena buat itu la ini la. (dan daku sambung lagi pot pet pot pet. seperti biasa, En Suami jadi pendengar setia)
Suami: Ayang cuba tengok kuku ayang.
Daku: Bakpo?
Suami: Alaaa..tengok la kejap.
Daku: (tengok kuku di jari) Eh..!! Pendek! Abe kerat eh..?? Bilo abe kerat ni..???? (teruja tetiba dan gelak besar tak ingat dunia yang daku sekarang berada di pejabat, bukan di rumah mahupun di kamar indah kami,..heh!)
Suami: Ha'a, semalam abe potong. Ayang macam baby, abe potong sambil ayang tidur. Masa abe duk puji-puji ayang, ayang duk sengih-sengih tu, lepas pada tu la abe kerat.

Haaaa.. itu la kesahnya En Suami ku. Pasal puji-puji daku masa daku tengah lena tidur tu, awal-awal pagi tadi lagi dia dah bagitahu daku. Masa tu daku baru je lepas siapkan sarapan pagi dia. Dia kata dia puji "Ayang comel, ayang baik," dan macam-macam lagi. Pastu dia cakap, daku senyum je dalam tidur bila kena puji macam tu. Then daku jawab, "Laaaa...patut la rasa positif dan bersemangat je pagi ini.! Rupanya sebab ada ore puji semalam masa tengah tidur...!" hahahaha.. Daku tak sangka pula dia potong kuku daku masa daku tengah nyenyak tidur. Baik sangat la En Suami saya ni. Sebab dia baik sangat la yang saya memang tak boleh terima kalau ada orang buat dia sedih.

Ok, hari ni  memang bersemangat lebih! Hahaha.. tak tau kenapa. Mungkin betul la kot, sebab En Suami duk puji dalam tidur tu, dah senyum senyum, sengih-sengih kambing gitu, ala kerang busuk gitu. Mungkin dah teralir ion atau cas positif dalam otak. Bangun pagi pun semangat je siapkan breakfast dia, then kemas-kemas dapur sikit. Setelkan baju dalam mesin lagi. Haaa...selalunya tak la macam ni. Alhamdulillah wa syukurillah. Dikurniakan teman hidup seperti dia. Maha suci Allah, dah banyak sangat nikmat yang Kau beri. terima kasih Allah, i Looooooooove you Allah...!!

Kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai. Tiada yang sempurna. Saya ada kekurangan, dia ada kekurangan. Kekurangannya itu dianggap kecil dengan kelebihan yang dia miliki. Usah dipertikaikan kekurangannya, tapi syukuri keleihannya, insyaAllah lebih bahagia. Susah senang sama-sama hadapi, tanggung. Moga kami akan terus bahagia. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.

Moga-moga lepas ini kami akan lebih positif! Dan ceria. InsyaAllah.

Haaa..satu lagi! Boleh nampak tak kat situ, kuasa minda dibawah sedar? Macam mana impaknya pada otak kita? Jadi, sesiapa yang ada anak, boleh la amalkan bercakap dengan mereka masa diorang tengah tidur. Baca doa-doa yang tertentu dan tiup pada ubun-ubun diorang. InsyaAlla berkesan. Yang suami saya buat ni hanyalah bagi kata-kata positif, bukan ayat-ayat al-quran. Kalau ayat-ayat al-quran..? Mesti la lebih-lebih lagi kesannya. Dan sebenarnya, saya selalu cakap dengan suami saya masa dia tengah tidur, bagitahu je la pada dia apa yang saya nak bagitahu. Selalu sangat saya buat sebab selalunya saya susah nak tidur. Dia dah lama lelap, saya takde teman nak borak. Memang itu la yang saya buat. En Suami saya ni memang dah jenis yang positif, jadi tak nampak la kesan tu. Jadi tak terperasan dengan kesan bercakap masa dia tengah tidur. Sekali saya yang kena. Haaa..hambikkau...! Memang terasa lainnya. hehe

Ok, selamat mencuba!
Wassalam.



Rabiatul Adawiyah bt Ahmad Amran
9.9.2013, Isnin
11.10 am.

Friday, 22 February 2013

Misi Mencari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih bernyawa pada hari ini, masih diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dengan segala dosa.

Alhamdulillah dikurnikan banyak nikmat dan beberapa hari lepas, saya dan suami telah memutuskan sesuatu yang agak besar buat kami berdua. Kata setuju telah dicapai. Sekarang dalam proses perlaksanaan. Mungkin dalam masa 2 bulan atau 3 bulan lagi, dapatlah hasil dari keputusan kami ini. Ingatkan dah boleh jalan dengan rancangan A, tapi nampak gayanya terpaksa batalkan rancangan A dan buat rancangan B. Omputeh kata, never give up if your plan A didnt work out, remember..you still have another extra 24 alphabet to go. (^_~)

Jadi, kami terpaksa melakukan misi pencarian untuk merealisasikan impian dan harapan kami. Yang tu mungkin bukan rezki kami, jadi saya sendiri kena kuatkan hati la untuk menempuh suasana baru nanti. Alamak, saya ni jenis susah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana baru. Harap-harap nanti tak susah la untuk saya berasa selesa dengan suasana baru tu nanti.

Rasanya tu je la kot nak update hari ini. Hari ini hari Jumaat dan esok tak kerja..!! Saya suka sangat..! ^_^

Ok, then.. so long and goodbye..! ;)

p/s: tadi berborak dengan telefon dengan En Suami, dia bercerita tentang rancangan A kami yang tidak berjaya. selepas tu, saya asyik teringat je, sebab-sebab kenapa wanita lebih ramai dalam neraka berbanding dengan lelaki walaupun wanita lebih mudah masuk syurga berbanding lelaki.

Thursday, 21 February 2013

4 bulan sudah.

Assalamualaikum..

woottt wootttt..lama betul tak update blog. Last sekali update masa bulan 11 yang lepas, masa tu baru berapa hari je bergelar sebagai seorang wanita bekerjaya.

Ok, tajuk macam saspens je kan..? Haaa...~ jeng jeng jeng... tak payah nak saspens sangat..awal-awal dah tulis kata atas tu dalam bulan sebelas baru beberapa hari bergelar seorang wanita bekerjaya. Jadi, cuba uji kemahiran mengira anda. Dari bulan sebelas sampailah sekarang, bulan dua tahun 2013, agak-agak berapa bulan bezanya tu?

Heh! Senang je ni, jawapan dia adalah 4 bulan la. Jadi, sudah 4 bulan sudah dalam tajuk ni maksudnya dah 4 bulan bekerja, bukan 4 bulan ada isi dalam perut. Yang tu, <ada isi dalam perut> jangan tanya saya bila nak ada, sebab saya tak tahu jawapannya, sebab saya tak tahu rahsia Allah yang Dia dah tetapkan di Luh Mahfudz. Mohon sangat-sangat pada semua, tak perlu tanya kot soalan tu dengan saya. :) Bukan ke lebih elok dan molek sekiranya anda semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami daripada anda bertanya soalan yang saya tak tahu jawapannya, dan mula mengeluarkan komen-komen yang tidak enak.

Sudah cukup sudah, lupakan kisah sedih, kita kembali pada tujuan sebenar. Alhamdulillah..in this next few days, I am gonna have my 4th salary. Alhamdulillah, I feel blessed with everything I have for the moment. Another thing is, today my kindhearted supervisor help me getting my own desktop. Eventhough this desktop will be taken once Sapura comes, but so far it will me a lot in doing my job. Well, I really hope so, InsyaAllah. There's a lot thing that I still need to learn, seriously. The outcome of getting my own desktop, my office is quite mess. The wire is here and there, everywhere. I hope I will not fall off due to "tersadung" all of the wire here. :P

Well, so far, my life is good. Alhamdulillah. At age of 23, I manage to have my own car. Alhamdulillah, all I get is from HIM, i'm praying that I will always be a grateful slave to HIM. Right now, I am thinnking that maybe I am going to become a Malacan, permanently(?) Well, who knows..? insyaAllah going to have someting big, and it is still under planning stage with Mr Hubby. However, I really hope that everything will runs smoothly, insyaAllah.

That's it for today I think. For your information, the reason of me updating my blog is just that because I am using the keyboard of my new desktop. I actually prefer to the keyboard of the desktop rather than the keyboard of the lappy. I dont know why, but most probably because I love the sound the keyboard been pushed. :D

It's Asar already, let's us perform our prayer. JOM! :D

Ok, so long and goodbye!

Assalamualaikum.. (^_^)