Yang mengikutiku.. ;)

Friday, 23 November 2012

Hidup Baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-23 bergelar sebagai seorang kakitangan TM secara sah. 4 hari lagi akan merasa gaji bulan pertama. Tapi, dari belanjawan yang telah dibuat, nampak gayanya sikit j yang dapat disimpan untuk bulan ni. Banyak betul nak guna duit.

Masa belajar dulu, dapat elaun 3 angka je setiap bulan, masih boleh survive. Dah kerja ni insyaAllah dapat gaji 4 angka. Tapi, kenapa macam tak cukup j? Astaghfrullah..dunia,dunia... Bukan tak nak bersyukur dengan rezki, cuma perasaan keliru merajai hati bila terjadi macam ni. Hajat dihati ingin menyimpan dari awal lagi. Semua tu macam tinggal impian j nampak gayanya. Tapi takpe la, Allah yang beri rezki,mintak2 dengan Dia moga2 murah rezki. :)

Ok, macam-macam yang terjadi sejak hari last update blog ni. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan,tapi macam tak sesuai je untuk dicerita secara umum di blog ni. Hish, jadi ke tak ni nak buat blog lagi satu? Macam malas pun ada. Takpe la dulu kot, setakat ni saya masih boleh survive :) Allah kan ada? Dia sentiasa dekat dengan saya, sentiasa dengar rintihan saya, sentiasa perhatikan gerak langkah saya. insyaAllah.. :)


Hidup baru sekarang makin mencabar. Sekarang dah masuk ahli pjj <perkahwinan jarak jauh> Oh, sedih! Memandangkan pagi-pagi pukul 8 lagi dah kena pergi kerja dan pulang dekat dengan pukul 6 petang baru sampai rumah. Takde masa nak layan perasaan sedih dan I am totally ok with that! How is it become like this?? Hahaha..Alhamdulillah, HE makes it easier for me even though i m far with mr hubby. Alhamdulillah, cukuplah Allah penolong bagiku! :')

Semoga saya akan terus tabah dan kuat mengharungi ujian dan dugaan hidup. Amiin..~


**Mereka tak mengerti, jadi diamkan sahaja rasa dihatimu, DIA dan dia ada sentiasa disisimu,memahamimu,melayanimu,mengerti akan rasa pilumu..**

No comments:

Post a Comment