Yang mengikutiku.. ;)

Wednesday, 24 October 2012

Inilah harinya

Assalamualaikum..

     Alhamdulillah, semalam dah tercapai impian yang dah lama terpendam. Jadi, memandangkan semalam adalah hari gaji encik suami, maka hajat itu telah diluahkan. Encik suami kan baik,ok j memanjang,layankan aje bini dia ni. Dan..tadaaa~~ hambikau!!! 50 keping gambar telah selamat dihantar ke kedai gambar dan boleh ambil gambar-gambar tu semua hari ini. Misi mecari album gambar akan dijalankan tak lama lagi. Yes! ;) Yang best, dapat cuci satu gambar saiz 8R, FOC..! ehemm..! pilih gambar paling manis gitu.. :D

     Pagi ni awal-awal lagi dah sentap dengan encik suami. Dialog-dialog yang buat saya sentap.

en suami: ayang nak guno ko galaxy note tu..?
saya: tak nak..
*suami ambil galaxy note dia masuk dalam beg*
saya: hurm,buke ado internet pon.. *sambil buat muka kt en suami*
suami: dah...~ dah ado dah internet..~ *dengan muka selamba*

ok,terus sentap..! Sampai hati tak bagitahu dah subscribe internet dan dah ada nombor baru. Sampai hati tak bagitahu saya beli nombor baru. Tahu-tahu plak nombor digi.Oh, sampai hati! Merajuk la pagi tadi selepas makan pagi, sebelum en suami pergi kerja. Hah! apa lagi..mula la sesi memujuk..hahaha..nasib la, dah dapat bini manja,mudah merajuk, cengeng! manjo gedebek..manjo dek dek..! :P

     Kisahnya, hajat di hati suami nak buat kejutan masa dalam kereta nanti. Masa kami dalam perjalanan balik kampung petang ni. Dia kata, dia nak tunggu saya cakap bosan tak ada internet dan dia akan cakap, boleh guna internet kat galaxy note dia tu. Oh, en suami sangat sweet. Suka buat kejutan. Tapi kejutan ni tak menjadi la sebab dah bagitahu awal-awal tadi. Dia tak puas hati bila saya cakap "buke ado internet pon", dia rasa tercabar gitu. Hahahahah.. tak pasal-pasal kena pujuk bini pagi ni. heh! :P

     Itu lah yang buat saya makin sayang en suami,sangat comel,sangat sweet dan saaaaaaangat baik! T.T alhamdulillah,dapat jodoh macam dia,syukur sangat-sangat..!! :')

     Inilah harinya kami akan pulang ke kampung untuk hari raya haji,petang nanti akan bertolak dan akan melalui jalan mersing. Semoga kami selamat sampai.



**Inilah harinya. Berdebarnya rasa. Pukul 2 petang, tak boleh lambat. Ya Allah,permudahkanlah..!**

No comments:

Post a Comment