Assalamualaikum..
Tetiba terfikir, kenapa la tak catat apa-apa ye? Dulu rasa macam nak buat blog yang private sikit. Tapi, tak terbuat. Lama-lama makin malas pula nak buat. Rasanya cukup je la dengan 1 blog ni je kot. Tak tahu sesuai ke tidak untuk tulis di bloq ni pasal semua rawatan tu. Nak kena minta kebenaran dulu dengan En Suami, mungkin dia kurang selesa kot kalau nak kongsi pasal rawatan tu kat sini. Sebenarnya bukanlah nak kongsi pun, cukup sekadar catatan pengambilan ubat-ubatan tu. Untuk rekod je pun.
Lagipun, blog ni tak ramai orang baca. Saja-saja tulis, untuk catatan diri sendiri. Hehee.. In case kalau ada yang perlu di'private' kan, kalau tak silap, blog ni kita boleh buat certain entry tu private. Kena letak password baru orang boleh baca. Tapi tak reti nak buat macam mana. HAhaha.. Buta IT betul. Takpe, nanti sampai masa bila perlu, kita godek-godek kat google ke, Tanya orang ke.. For the time being, let it be. The most important thing is, I need to ask En Suami, whether he let me share it here or not.
Cuma terkilan dengan diri sendiri. Setelah apa yang dilalui 2014. Rancangan awal untuk mencatat segala-galanya. Tapi hanya repekan yang mampu dicoret di blog ini. Heh! Sepatutnya catat semua nama dan dos-dos ubat yang digunakan. Kot-kot ada rezeki lebih, nak tukar doctor ke apa ke kan. At least dapat share maklumat tu dengan doctor baru nanti. Dari situ mungkin dia dapat tahu mana dadah yang sesuai untuk diri ni.
Next time, I think I should really record them. Next time yang tak tahu bila. Mueheheh.. Tahun ni mungkin rehat dulu. Dah macam-macam dadah masuk dalam badan ni. Rasa badan ni pun macam tak berapa nak sihat je. Cuma malas nak fikir bukan-bukan. Lagi fikir, lagi risau. Lagi risau, lagi menarik benda-benda negative meresap dalam tubuh. Rileks-rileks sudah~~
Serba ringkas rawatan pada 2014.
April 2014; 1st IUI; clomid; BFN
Mei 2014; 2nd IUI; ubat inject; putus ditengah jalan, tak boleh proceed and for sure no good news at all.
Ogos 2014, 18; kaunseling IVF dan prosedur heteroskopi.
22; CD3, TVS and start injection for IVF(another TVS on 26th and 29th)
Sept 2014, 1; OPU (kebetulan masa ni cuti hari merdeka,sebab 31hb 8 tu hari ahad)
6; ET day 5 (transfer 2. kedua-duanya blastocyst gred A)
18; ujian darah bHCG, BFN
Nov 2014, 21; CD2, TVS and start consume progynova. (another TVS on 25th and 28th)
Dec 2014, 2; FET, embrio day 3. (Transfer 3, ada gred A dan B. bilangannya dah lupa. This time embryologist said the quality is not that good, pasrah dan redha j)
17; Ujian darah bHCG, BFN.
Memang catatan ringkas-seringkas nya la tu. Ingat-ingat lupa. Bab tarikh tu insyaAllah betul sebab siap rujuk kad temujanji dan juga sanggup pergi belek fail admin, rujuk tarikh MC. HEH! >.<
Ubat dan dos memang hanyut ke laut la. Ada juga yang ingat sikit-sikit, tapi dos langsung tak ingat dah. Antara ubat-ubat yang telah Berjaya menakluki badan ni sepanjang rawatan.
Clomid(famous amous pnye ubat ni, confirm semua yang terlibat dengan rawatan ni pernah consume ubat ni),
utrogestan,
pubergen,
asid folic (ni sebanarnya lebih kepada supplement),
centriocyde (lupa ejaan betul macam mana)
progynova, duphaston.
Tambahan, selepas akak-akak duk bincang dalam group whatsapp, baru ingat ubat yang pernah digunakan, gonal-f(yang ni ubat famous juga) dan crinone. Ada lagi ubat lain, tapi lupa. memang banyak sangat dah ubat yang guna. huhuu..
Banyak lagi sebenarnya, tapi lupa. -.-" nanti kalau ingat, nak update balik kat blog ni. eheee..
Jarum yang guna, tak usah cerita. Dari sekecik-kecik jarum, sampai jarum besar. Bila inject tu, siap berdarah la, bengkak la, gatal la. fuhhh..kenangan la semua tu. Tak tahu bila pula nak tempuh balik semua tu.
Serius! Next time memang nak catat kat sini. Harap-harap rajin la nak update nanti.Heheee.. Untuk rujukan dan kegunaan masa depan.
Dan tahun ni, bulan 2 sudah hampir menutup tirai. Kejap je masa berlalu. Moga hidup diredhai Allah, diberkati dan sentiasa dalam perlindugan Dia.
Sehingga bertemu lagi di bebelan yang akan datang.
Wassalam.
|
Suka sangat balik kampong, lepak ramai-ramai tepi pantai, BBQ, main bola. |
|
lagi teruja dan suka bila perjalan dari kampong ke Melaka, makan masa 16 jam. -.-" |
P/s: Kebahagiaan datang dari hati yang tenang. Hati tenang hanya bila mengingati Allah. Terima kasih ya Allah atas semua ujian ini. :')