Yang mengikutiku.. ;)

Wednesday, 28 November 2012

Rezeki


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam sudah merasa hasil kerja sebulan ni. Alhamdulillah, lebih dari separuh perkara-perkara penting yang perlu diselesaikan, sudahpun dibereskan. Alhamdulillah, mampu untuk memberi sedikit daripada apa yang diperoleh untuk mereka yang melahirkan, menjaga, membesarkanku dan memberiku didikan hingga saya menjadi apa saya pada hari ini. Alhamdulillah.



Secara jujurnya, saya tak pernah menyangka akan mencapai tahap sebegini dalam hidup saya. Impian untuk menjadi surirumah sepenuh masa terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Siapa tahu munkin 10 tahun akan datang saya akan menjadi surirumah sepenuh masa seperti yang diimpikan. :) Impian untuk mempunyai perniagaan sendiri, masih belum tercapai. Masih banyak yang perlu dipelajari untuk mencapai impian yang satu itu.

Buat masa sekarang, saya harus fokus pada kehidupan baru saya ini. Saya kira, saya masih belum mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini memandangkan sebelum pukul 8.30 pagi sudah perlu sampai di pejabat, kalau tidak, merahlah kad kerja. Petang pula, pukul 5.30 petang baru boleh balik, rehat tengahari 1 jam sahaja. Balik bukan tepat pukul 5.30 petang pun, kadang-kadang pukul 6 petang lebih baru balik. Penat! Macam tak cukup rehat je. <Padahal cukup je rehat sebelah malam tu, saja je mengada-ngada nih



Okayh! kerja memang banyak! Pening juga nak sampai faham semua-semua ni. Tapi tak pe, bak kata omputih, take it slowly. hehe Alhamdulillah, dah berjaya prebook kursus-kursus yang perlu dihadiri. InsyaAllah bila dipanggil,kena pergi. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan aku didunia dan diakhirat.

Cukup setakat ini menghapdate blog. InsyaAllah di masa akan datang, akan update lagi. Sambung buat kerja..daa~ 




**rindu dengan suara itu.Alhamdulillah,berkesempatan mendengar suaranya..masih setia menasihati diri ini..oh,hati! tolong tabah** <almost teary eyed just now, dalam pejabat ni,agak-agak la nak teary eyed pn hish!>

Friday, 23 November 2012

Hidup Baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-23 bergelar sebagai seorang kakitangan TM secara sah. 4 hari lagi akan merasa gaji bulan pertama. Tapi, dari belanjawan yang telah dibuat, nampak gayanya sikit j yang dapat disimpan untuk bulan ni. Banyak betul nak guna duit.

Masa belajar dulu, dapat elaun 3 angka je setiap bulan, masih boleh survive. Dah kerja ni insyaAllah dapat gaji 4 angka. Tapi, kenapa macam tak cukup j? Astaghfrullah..dunia,dunia... Bukan tak nak bersyukur dengan rezki, cuma perasaan keliru merajai hati bila terjadi macam ni. Hajat dihati ingin menyimpan dari awal lagi. Semua tu macam tinggal impian j nampak gayanya. Tapi takpe la, Allah yang beri rezki,mintak2 dengan Dia moga2 murah rezki. :)

Ok, macam-macam yang terjadi sejak hari last update blog ni. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan,tapi macam tak sesuai je untuk dicerita secara umum di blog ni. Hish, jadi ke tak ni nak buat blog lagi satu? Macam malas pun ada. Takpe la dulu kot, setakat ni saya masih boleh survive :) Allah kan ada? Dia sentiasa dekat dengan saya, sentiasa dengar rintihan saya, sentiasa perhatikan gerak langkah saya. insyaAllah.. :)


Hidup baru sekarang makin mencabar. Sekarang dah masuk ahli pjj <perkahwinan jarak jauh> Oh, sedih! Memandangkan pagi-pagi pukul 8 lagi dah kena pergi kerja dan pulang dekat dengan pukul 6 petang baru sampai rumah. Takde masa nak layan perasaan sedih dan I am totally ok with that! How is it become like this?? Hahaha..Alhamdulillah, HE makes it easier for me even though i m far with mr hubby. Alhamdulillah, cukuplah Allah penolong bagiku! :')

Semoga saya akan terus tabah dan kuat mengharungi ujian dan dugaan hidup. Amiin..~


**Mereka tak mengerti, jadi diamkan sahaja rasa dihatimu, DIA dan dia ada sentiasa disisimu,memahamimu,melayanimu,mengerti akan rasa pilumu..**